Monday

Minisun Power Saver Diharamkan?

Minisun Power Saver Diharamkan?

Bukan hanya Minisun Power Saver sahaja yang terbabit dalam isu pengharaman bahkan alat penjimat elektrik dari jenama yang lain juga terlibat sama. Sebenarnya tidak timbul isu diharamkan disini kerana ianya bukanlah kaedah mencuri elektrik. Pemasangan alat ini adalah selepas meter TNB.
minisun power saver & stabilizer

Ianya merupakan sebuah gajet elektrik untuk meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga elektrik didalam perkakas elektrik yang berasaskan motor seperti penghawa dingin, peti sejuk, pam motor kolam ikan dan sebagainya. TIDAK berkesan langsung untuk perkakas elektrik berasaskan pemanasan seperti sterika, pemanas mandian, periuk nasi, cerek elektrik dan sebagainya.

Untuk menguji alat ini amat mudah sekali. Dapatkan bacaan meter pada malam hari, contohnya pada jam 11pm dan rekodkan sekali lagi bacaan meter pada jam 6 pagi. Pada julat masa ini kebiasaannya tiada aktiviti perkakas elektrik berasaskan elemen pemanasan. Dapatkan perbezaan bacaan meter iaitu bacaan meter jam 6pagi tolak bacaan meter jam 11pm. Pada hari yang berikutnya, "ON"kan Minisun Power Saver dan dapatkan bacaan pada selang masa yang sama sepertimana pada hari sebelumnya. Cuba lihat berapakah jumlah penggunaan elektrik sebelum dan selepas penggunaan Minisun Power Saver. Pastikan aktiviti penggunaan elektrik di kedua-dua hari adalah hampir sama untuk melihat perbandingan yang lebih adil.

Ingin menguji Minisun Power Saver? Kami mempunyai beberapa test unit untuk anda. Bagaimana mendapatkannya? Caranya mudah dan kita berurusan atas sikap saling mempercayai. Begini caranya :

  • Depositkan cagaran sebanyak RM50 ke akaun Maybank 5625 2650 3290 (TELITI JITU TRADING)
  • Hantarkan bukti deposit ke teliti.jitu.trading@gmail.com dan nyatakan nama dan alamat penuh.
  • SMS ke 012-4670858 jika email tidak berbalas ataupun jika anda tidak mempunyai email.
Kembalikan test unit kepada kami dalam masa 7 hari dari tarikh anda menerima test unit tersebut.
Alamat kami ialah Teliti Jitu Trading, No 2, Jln Kesuma 1/17, Bandar Tasik Kesuma, Beranang, 43700 Selangor.

  • Sekiranya anda berpuashati dengan Minisun Power Saver, buat bayaran selebihnya iaitu RM200. Kami akan menghantar unit Minisun Power Saver yang baru kepada anda. Pembelian dengan cara ini tidak melayakkan anda menikmati Jaminan 4 Bulan Wang Dikembalikan.
  • Sekiranya anda TIDAK berpuashati dengan Minisun Power Saver, kos PosLaju akan ditolak dari wang deposit anda. Lazimnya kos PosLaju adalah sekitar RM7-RM10 bergantung kepada lokasi anda. Wang deposit selebihnya akan dikreditkan ke akaun anda dalam masa 7 hari.
Mudah bukan berurusan dengan kami? Namun demikian tawaran ini mungkin akan tamat pada bila-bila masa bergantung kepada bilangan test unit yang ada dalam simpanan kami. Kalau test unit lesap satu demi satu, maka, tidak dapatlah kami berurusan dengan anda melalui kaedah ini.

Friday

Produk Cekap Tenaga

Produk Cekap Tenaga

Penggunaan produk cekap tenaga mampu mengurangkan kos sara hidup tambahan lagi buat mereka yang tinggal di kawasan bandar. Bayangkan saja kadar suhu di bandar sewaktu tengahari mahupun di awal malam kesan dari pelepasan haba dari kenderaan di jalan raya. Menggunakan penghawa dingin dalam kategori produk cekap tenaga sememangya menjimatkan bil elektrik. 


Berikut adalah petikan dari laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (http://www.kpdnkk.gov.my) berkenaan dengan produk cekap tenaga.


Produk Cekap Tenaga Bantu Kurang Kenaikan Kos Sara Hidup

Oleh Melati Mohd Ariff

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Perubahan dalam gaya hidup dapat membantu pengguna mengimbangi kenaikan kos sara hidup harian yang naik mendadak sejak kebelakangan ini.

Lebih-lebih lagi dengan kenaikan tinggi harga bahan api yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Bagaimanapun, perubahan ini lebih mudah dilaksanakan dengan bantuan teknologi.

"Kebanyakan daripada kita tidak dapat berubah kerana kita selesa dengan tabiat harian. Meskipun begitu, sudah sampai masanya untuk kita memulakan langkah bagi mengubah kepada sesuatu yang lebih baik.

"Ini akan memberikan impak jangka masa panjang dalam menangani kos harian serta perubahan kepada cara hidup lestari," demikian menurut Piarapakaran Subramaniam, Pengurus Bahagian Alam Sekitar, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA).

JIMAT TENAGA

Beliau memberitahu Bernama, satu daripada perubahan gaya hidup yang amat perlu diamalkan sekarang ialah penjimatan tenaga.

"Apabila kita mengurangkan bil bahan api atau elektrik, kita sebenarnya telah memainkan peranan untuk membantu memelihara bumi.

"Dalam satu abad ini banyak berlaku pencairan ais di kutub, peningkatan suhu purata bumi yang mendadak dan kenaikan aras laut," jelas Piarapakaran.

Kebanyakan rumah dan pejabat, tambahnya masih menggunakan tenaga daripada stesen janakuasa berasaskan karbon (seperti diesel dan gas asli) yang melepaskan banyak gas karbon dioksida (gas rumah hijau).

PRODUK CEKAP TENAGA

Menurut Piarapakaran, antara yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat pengguna negara ini ialah pembelian produk cekap tenaga yang bukan sahaja mesra alam bahkan tahan lama.

"Kecekapan tenaga dicapai apabila produk dengan kapasiti kerja yang sama menggunakan tenaga yang rendah untuk operasi. Ini adalah satu langkah yang kecil tetapi besar maknanya untuk perubahan kepada cara hidup kita," tambahnya.

Beliau berkata ada pengguna yang mempunyai persepsi yang salah mengenai penggunaan produk kecil.

Jelasnya, produk kecil seperti lampu floresen bukan sahaja jimat tenaga malah mengurangkan pelepasan karbon.

"Ada di antara barangan ini yang bukan sahaja cekap tenaga tetapi juga mempunyai jangka hayat operasi yang lebih lama berbanding produk biasa.

"Ini membantu mengurangkan permintaan bahan mentah bagi sektor pembuatan," ujarnya lagi.

KELEBIHAN PRODUK CEKAP TENAGA


Untuk menguatkan lagi hujahnya mengenai kelebihan produk cekap tenaga, Piarapakaran memberi contoh produk penyaman udara.

Perbandingan dibuat antara penyaman udara dengan 1 kuasa kuda yang menggunakan 1,200 watts tenaga elektrik untuk operasi dengan penyaman udara 1 kuasa kuda yang 20 peratus cekap tenaga menggunakan 960 watts tenaga elektrik untuk operasi.

Kiraan bil tahunan untuk penyaman udara seperti berikut (1,000W = 1kW):-

Biasa = 1.2kW x 365 hari x 7 jam x RM0.25 (kadar per kWj) = RM766.50

Cekap tenaga = 0.96kW x 365 hari x 7 jam x RM0.25 (kadar per kWj) = RM613.20

"Pengiraan ringkas ini menunjukkan setiap tahun kita dapat menjimatkan sebanyak RM153.30 dalam bil elektrik kita. Jika ditambah dengan populasi Malaysia yang menggunakan penyaman udara, penjimatannya sudah tentu tinggi," kata Piarapakaran.

Beliau bagaimanapun mengingatkan pengguna supaya memeriksa label dan janji produk cekap tenaga yang disebarkan melalui iklan atau ejen memandangkan terdapat produk yang tidak berfungsi seperti yang dijanjikan.

KURANG PROMOSI

Menurut Piarapakaran, Suruhanjaya Tenaga di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) telah memperkenalkan label Cekap Tenaga pada 2005.

Bagaimanapun, katanya, label tersebut kurang dipromosikan di kalangan pengguna.

"Mengikut kajian Bahagian Alam Sekitar FOMCA yang menemuramah 1,000 responden, hanya sekitar 5 peratus sahaja yang pernah melihat label ini," tambah beliau.

Beliau lalu membuat perbandingan dengan Amerika Syarikat di mana Agensi Perlindungan Alam Sekitar (US Environmental Agency/US EPA) telah memperkenalkan program pelabelan sukarela yang dipanggil 'Energy Star' pada 1992.

Program tersebut, jelasnya, adalah untuk mengenalpasti dan mempromosi barangan cekap tenaga bertujuan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Beliau menambah perlaksanaan label barangan cekap tenaga pula diwajibkan untuk kebanyakan peralatan termasuk kereta di negara-negara Kesatuan Eropah (EU).

Di Malaysia, kata Piarapakaran, sebahagian besar pengguna tidak berminat dengan produk berkenaan kerana harganya agak mahal sedikit berbanding produk biasa.

"Pengguna kita lebih cenderung kepada produk yang harganya murah tetapi produk yang begini tidak tentunya menguntungkan kita dalam jangka masa panjang," jelasnya.

Piarapakaran memberitahu, setakat ini label cekap tenaga hanya digunakan untuk peti sejuk dan motor keupayaan tinggi, sebagai contoh untuk sistem pendingin bangunan.

"Terdapat keperluan supaya label ini digunakan untuk semua barangan elektrik di rumah dan pejabat. Dalam masa yang sama pihak yang berkenaan juga perlu memperkenalkan satu skim atau sistem untuk memudahkan pengguna mengenalpasti label ini," ujarnya lagi.

Menurut beliau, produk-produk label cekap tenaga juga perlu dipamerkan untuk menjadi rujukan kepada industri tempatan.

"Usaha ini dapat membantu pengguna memilih produk yang lebih cekap tenaga dan mesra alam," katanya.

Beliau juga menyarankan supaya pihak berkuasa menggunakan Pertubuhan Bukan Kerajaan sebagai saluran untuk mendidik pengguna bagaimana membeli produk cekap tenaga serta memberi pengiktirafan sewajarnya untuk produk berkenaan.

TIP KURANG PENGGUNAAN TENAGA

Piarapakaran berkata pengguna patut mengetahui cara-cara mengurangkan penggunaan tenaga dan penjimatan penggunaan tenaga di rumah serta pejabat.

"Padam peralatan elektrik jika tidak digunakan. Jangan biarkan ia dalam keadaan 'sedia' atau 'standby' kerana ia tetap menggunakan elektrik. Gunakan cahaya matahari untuk mencerahkan ruang pejabat pada siang hari.

"Ingat, menjimatkan penggunaan tenaga elektrik juga menjimatkan penggunaan sumber asli kerana input tenaga terbesar bagi Malaysia adalah bahan api fosil. Setiap watts dijimat, menyelamatkan masa depan," katanya.

BERNAMA


Tips-tips penjimatan tenaga elektrik 

Pendawaian Single Phase dan 3-Phase  
Cara Pengendalian Penghawa Dingin Yang Sesuai‏ 
Pemilihan Warna Dinding & Hiasan
Pemilihan Lampu Jimat Tenaga Elektrik 
Pemilihan Warna Dinding & Hiasan 
Pemilihan Lampu Jimat Tenaga Elektrik 
Pemilihan Mesin Basuh & Kuantiti Pakaian
Pemilihan Peti Sejuk & Cara Mengguna
Penjimatan Tenaga Elektrik Di Dapur
Penjimatan Tenaga Elektrik Di Bilik Mandi
Elemen Penyejukan Semulajadi - Pintu & Tingkap
Elemen Penyejukan Semulajadi - Alat Pengalir Udara Panas
Elemen Penyejukan Semulajadi - Tumbuhan Hijau
Penghawa Dingin - Pengendalian Yang Sesuai
Penghawa Dingin - Alat Penyejat
Penghawa Dingin - Penapis Udara
Penghawa Dingin - Penentuan Saiz Keupayaan

 

Thursday

TNB Rugi RM9j Sindiket Produk Jimat Elektrik

jimat elektrik
Rasa terpanggil pula untuk mengulas ringkas mengenai petikan dari Berita Harian terbitan 4/7/2011. Berita merujuk kepada kegiatan mencuri elektrik menerusi produk jimat elektrik. Rasanya penggunaan tajuk mencuri elektrik menggunakan produk jimat elektrik adalah tidak tepat.
Umumnya, apa yang diketahui oleh sebahagian besar rakyat Malaysia ialah penggunaan produk jimat elektrik adalah selepas bekalan masuk elektrik ke premis iaitu selepas meter. Maka, tidak benarlah jika produk jimat elektrik yang dipasang selepas meter diklasifikasikan sebagai mencuri elektrik. Kenyataan ini diasaskan kepada penggunaan alat elektrik cekap tenaga seperti lampu dan peti sejuk terkini.
Adakah rumah yang mempunyai lampu dan peti sejuk berteknologikan cekap tenaga diklasifikasikan sebagai mencuri elektrik?



Sumber : Berita Harian 2011/07/04

TNB Rugi RM9j Sindiket Produk Jimat Elektrik

JOHOR BAHRU: Kewujudan sindiket menawarkan produk dan kepakaran bagi mengurangkan penggunaan tenaga elektrik menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Johor kerugian lebih RM9 juta sejak awal tahun ini.

Perbuatan didalangi kumpulan berkenaan menyebabkan banyak premis perniagaan termasuklah hotel ternama dan kilang membayar jumlah tertentu untuk mengurangkan penggunaan elektrik mereka dan menyebabkan kerugian yang banyak kepada TNB.
Pengurus Besar Negeri, Datuk Mohd Aminuddin Mohd Amin, berkata kerugian berkenaan berdasarkan 1,336 kes kecurian yang dilaporkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini membabitkan sektor komersial seperti rumah kedai, hotel, klinik, stesen minyak dan kilang sebagai penyumbang utama.


Katanya, Johor negeri ketiga mencacatkan kes kecurian elektrik tertinggi selepas Selangor dan Pulau Pinang dengan kebanyakan kes pengubahan meter didalangi sindiket yang menawarkan perkhidmatan serta produk pengurangan tenaga.

“Untuk mengatasinya, Unit Pengekangan Kecurian Arus (SEAL) TNB dianggotai 30 petugas diarah menjalankan operasi dari semasa ke semasa di sekitar negeri ini, Negeri Sembilan dan Melaka, " katanya.

Mohd Aminuddin berkata, kegiatan kecurian elektrik yang didalangi kumpulan itu masih mampu dikesan pihaknya yang turut mempunyai kepakaran memeriksa kebocoran tenaga berkenaan dengan kadar segera.

“TNB menggunakan sistem canggih iaitu Alat Kawalan Jauh Bacaan Meter yang boleh mengesan secara automatik jika berlaku pengurangan penggunaan elektrik secara luar biasa walaupun premis terbabit terletak jauh seperti di Segamat.
“Unit SEAL akan terus datang ke lokasi berkenaan dan jika didapati pemilik premis mencuri elektrik, kami berkuasa menyekat penggunaan elektrik selama tiga bulan di sana mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990," katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya dengan helah sindiket yang hanya mahu mengaut keuntungan mudah hingga menyebabkan pengguna didenda serta dikenakan tindakan mahkamah.

Pada masa sama, beliau menjelaskan pengguna turut terdedah risiko kemalangan kerana peralatan pengurangan elektrik terbabit dihasilkan tanpa mengikut piawaian.

Justeru katanya, orang ramai yang curiga dengan kehadiran individu yang mendakwa kakitangan TNB yang menawarkan perkhidmatan pengurangan tenaga itu boleh menghubungi talian TNB Careline di 1554 atau pusat sehenti di 1300 88 5454.

Sementara itu, dalam perkembangan sama beliau berkata, TNB akan menggantikan lebih 250,000 meter elektrik lama berusia lebih 15 tahun di seluruh negeri ini secara berperingkat berikutan ia sudah tidak berkesan termasuk gagal merekodkan bacaan penggunaan sebenar.