Monday

Benarkah Subsidi Elektrik Dihapuskan Pada 2016?

Hangat diperkatakan mengenai subsidi elektrik yang dihapuskan pada tahun 2016. Sejauh mana kebenarannya kita hanya tunggu dan lihat sajalah. Apalah yang mampu kita lakukan sebagai rakyat biasa. 

Terdapat dakwaan mengatakan subsidi elektrik tahun 2015 berjumlah RM150 juta setahun akan dipotong kesemuanya dan ini bermakna kita sebagai rakyat Malaysia tidak lagi menikmati subsidi elektrik yang telah sekian lama kita nikmati.



Benarkah Subsidi Elektrik Dihapuskan Pada 2016?

Lanjutan dari dakwaan tersebut, terdapat pula kenyataan di laman internet yang mengatakan itu adalah dakwaan yang tidak berasas sama sekali. Jika diteliti dari pembentangan bajet 2016, kerajaan masih lagi memperuntukkan RM124 juta bagi tujuan subsidi bil elektrik. Kita yang kurang mendapat maklumat yang jelas, telah diberitahu bahawa peruntukan subsidi elektrik telah dirangkumkan dibawah peruntukan MOF B11 020500 iaitu dibawah tajuk SUBSIDI DAN BANTUAN TUNAI yang keseluruhannya berjumlah RM10.63 billion. Ini adalah sebagai langkah rasionalisasi kerajaan Barisan Nasional untuk tahun 2016.

Oleh yang demikian, kerajaan masih mengekalkan subsidi bil elektrik untuk tahun 2016 cuma ia agak mengelirukan kerana dicampurkan dengan subsidi-subsidi yang lain. Sesuatu yang sukar dikawal sekiranya subsidi elektrik digunakan untuk menampung subsidi yang lain. 

Apapun kisahnya bila tiba 2016 ialah kita perlulah berjimat dalam penggunaan tenaga elektrik. Perkongsian tips-tips penjimatan tenaga elektrik dalam blog ini mampu membantu anda.  Anda juga boleh mencuba sejenis alat penjimatan tenaga elektrik yang sah digunakan di kediaman anda. Bagaimana untuk mengetahui samada ianya sah? Setiap alat penjimatan tenaga elektrik yang dipasang selepas meter TNB dikira sah.