Thursday

Bagaimana Mengira Bil Elektrik

Bagaimana Mengira Bil Elektrik

Tahukah anda bagaimana mengira bil elektrik? Tidak sesusah manapun, semua orang boleh melakukannya. Dah bersedia? Baiklah kita mulakan dengan beberapa formula yang perlu anda hafal atau catitkan dimana-mana yang sesuai. Sediaaaaa......

Formula 1 :
Tenaga (Joule) = Kuasa (watt) x Masa (saat)

Mudah bukan, cuba ingatkan ini T=K x M

Kebiasaannya ukuran caj elektrik adalah berdasarkan kepada kWj atau dikenali kilowatt jam atau kilowatt sejam. Ikut suka sebutlah, yang penting ukuran dalam kilowatt dan nilai dikira sejam. Contohnya, kos satu unit letrik (1 kWj) adalah 18 sen. Ataupun ini bermaksud, anda dikenakan 18 sen sejam untuk setiap satu 1kW. Harap jelaslah ye.

Untuk lebih jelas lagi, mari kita ikuti senario yang berikut :
Rahmat membeli sebuah TV dan tercatat di belakang TV tersebut 240V/300W. Rahmat amat sibuk dengan kerjayanya hinggakan beliau jarang sekali menonton TV di rumah. Beliau hanya menonton TV selama lebih kurang 1 jam sehari. Berapakah kos elektrik bagi TV Rahmat bagi bulan Januari jika kos unit elektrik seunit (1 kWj) adalah 18 sen?

Fakta-fakta didalam senario di atas ialah :
  • Voltan = 240
  • Watt = 300
  • 1 unit elektrik (1 kWj) = 18 sen
  • TV ditonton 1 jam sehari
  • 31 hari dalam bulan Januari
Maka, bagaimana mengira bil elektrik?
Begini caranya :

Tenaga = 300 x [60x60]
Tujuan 60 min x 60 saat adalah untuk menukarkan ke sukatan saat.

Oleh itu,  
Tenaga = 1,080,000 wattsaat
Tenaga (J) = 1,080,000 ws

Nanti belum habis lagi, jangan terlalu cepat meraikan kejayaan!
Lihat kembali kepada soalan di atas.  
Berapakah kos elektrik bagi TV Rahmat bagi bulan Januari jika kos unit elektrik seunit (1 kWj) adalah 18 sen?
Tenaga yang dikira di atas adalah dalam watt dan saat, maka, kita perlulah menukarnya kepada kilowatt dan jam kerana 1 unit elektrik adalah berdasarkan kepada kilowatt dan jam.
Oleh itu,
Tenaga (kW) = [300/1000] x 1 jam = 0.3 kWj
Di mana 300 dibahagikan kepada 1 ribu untuk menukarkan watt kepada kilowatt.

Dan untuk kegunaan pada bulan Januari adalah :
= 0.3 [unit elektrik digunakan] x 0.18 [sen] x 31 [hari]
= RM 1.67

Kita telah pun tahu bahawa kos elektrik bagi TV tersebut adalah RM1.67 sebulan. Murahkan, ini contoh sahaja pada kadar seunit elektrik yang bernilai 18 sen. Tambahan pula Rahmat menonton TV sejam sehari sahaja. Bagaimana mengira bil elektrik yang dipaparkan di sini merupakan satu senario yang mudah. Didalam artikel yang akan datang kita cuba pula senario yang sedikit mengelirukan. Ingat! Tak susah manapun...

Berita baik untuk anda yang sentiasa peka mengenai isu bil elektrik. Anda mungkin boleh mencuba beralih kepada tenaga-boleh-diperbaharui iaitu tenaga solar. Tapi bagaimana mendapatkannya? Bagaimana dengan kosnya?
Klik disini untuk mengetahui cara-cara membina panel solar
Saya tidak mahu melobi secara aggresif, anda baca, lihat sendiri dan buatlah penilaian sebelum membeli produk tersebut. Ada jaminan wang dikembalikan.

 

Pendawaian Single-Phase Dan 3-Phase

Pendawaian Single-Phase Dan 3-Phase

Berikut adalah maklumat ringkas mengenai jenis-jenis pendawaian yang digunakan ke atas kediaman anda. 

Pendawaian single-phase biasanya dibekalkan ke rumah-rumah teres setingkat mahupun 2 tingkat, adakalanya rumah banglo juga menggunakan jenis ini. Kebiasaannya pemaju perumahan akan membina rumah dengan menyediakan bekalan single-phase untuk kategori rumah di atas.


Single-Phase Kotak Suis Utama

Untuk rumah banglo dan semi-D yang baru, pemaju mula menyediakan pendawaian 3-phase untuk menarik minat pembeli membeli rumah tersebut. Ini kerana kos pemasangan kabel 3-phase agak tinggi. Lagipun pembeli rumah jenis ini banyak duit maka mereka tak kisah jika harga rumah agak mahal. Kebiasaannya rumah banglo dan semi-D mempunyai ruang yang besar dan ini memerlukan kapasiti penghawa dingin yang besar, contohnya kuasa penghawa dingin jenis 2.5hp mungkin diperlukan untuk menyejukkan sesebuah ruang. Manakala paras siling juga mungkin berketinggian 11-13 kaki dari lantai dan kebiasaannya pemilik rumah memasang plaster ceiling dengan set down lights yang banyak. Semua ini sudah tentu memerlukan sejumlah tenaga elektrik yang banyak.

Bagi kedai dan pejabat, kebiasaannya dibekalkan dengan pendawaian 3-phase memandangkan banyak tenaga elektrik yang diperlukan.
Pendawaian 3-phase akan membekalkan tenaga letrik yang mencukupi dan seimbang sekiranya pengguna menggunakan tenaga elektrik yang banyak seperti air-cond, pam bermotor untuk kolam renang dan sebagainya. Ianya lebih menjimatkan berbanding single-phase tetapi untuk menukar pendawaian single-phase kepada 3-phase memerlukan belanja yang besar kerana sistem pendawaian di rumah/premis perlu ditukar. 

Anda boleh merujuk kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sekiranya mereka ada menawarkan harga diskaun untuk bekalan masuk 3-phase ke kediaman anda. Dapatkan kontraktor yang bertauliah untuk menukar pendawaian 1-phase kepada 3-phase bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini memandangkan perkara berkaitan elektrik tidak boleh dibuat main. Mungkin pekerja kontrak Indonesia boleh melakukannya tetapi jangan letakkan rumah anda dalam risiko!

Tahukah anda tentang Power Factor? Kecekapan power factor juga boleh membantu mengurangkan bil elektrik. Ikuti penerangan dengan klik di sini.
 

Cara Pengendalian Penghawa Dingin Yang Sesuai‏

Cara Pengendalian Penghawa Dingin Yang Sesuai‏


Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah berkaitan penentuan suhu bilik. Ramai yang ambil mudah. Awas dengan penetapan suhu bilik yang terlalu rendah boleh mendatangkan kesan kepada  kesihatan terutamanya kepada yang alah kepada cuaca sejuk. Ianya juga boleh menyebabkan pembaziran kepada tenaga elektrik.

Memasang tirai
Sebaik-baiknya pasanglah tirai yang boleh menghalang pancaran terus matahari ke dalam bilik. Dengan adanya tirai, suhu bilik lebih sejuk dan penghawa dingin tidak perlu bekerja-keras untuk menyejukkan suhu sebuah bilik.

Tutup tingkap dan pintu
Apabila menghidupkan penghawa dingin, pastikan pintu dan tingkap ditutup agar udara panas tidak memasuki ruang bilik. Lebih mudah bagi sistem penghawa dingin menurunkan suhu sebuah bilik. 


Penggunaan timer yang sesuai Bagi kebanyakan sistem penghawa dingin, terdapat ciri-ciri menetapkan pemasaan bagi membolehkan sistem penghawa dingin beroperasi pada kadar yang tertentu. Contohnya : bekerja secara 100% pada 2 jam yang pertama, kemudian turun kepada 60% pada 2 jam berikutnya dan turun pula ke 30% pada 2 jam yang berikutnya. Ianya menggunakan fuzzy logic yang sentiasa mengukur tahap suhu sebuah bilik.
Laraskan suhu bilik yang sesuai untuk bayi dan warga emas. Bagi keadaan cuaca di Malaysia, setkan suhu penghawa dingin di antara 24°C hingga 26°C. Seberapa mungkin gunakan aliran udara semulajadi.


Apa itu Power Factor? Fakta Penting Untuk Anda Ketahui!