Monday

Penjimatan Tenaga Elektrik Di Bilik Mandi

Penetapan Suhu

Tetapkan suhu pemanas air mandian serendah mungkin untuk mengelakkan proses pemanasan yang tinggi yang akhirnya akan meningkatkan penggunaan elektrik anda.

Gunakan penyemburan air mandian pada tahap sederhana. Pam air memerlukan sejumlah tenaga elektrik untuk memenuhi keperluan kekuatan semburan air yang anda inginkan.

Sentiasa peka sekiranya terdapat kebocoran kecil kepada sistem pancuran mandian anda. Ini untuk mengelakkan dari pam air bekerja lebih keras untuk menyembur air.

Mandi bersiram air panas lebih baik dari merendam diri dengan air panas didalam tub mandian. Lebih banyak air panas diperlukan untuk memenuhkan tub mandian. Betul tak?

Friday

Elemen Penyejukan Semulajadi - Pintu & Tingkap

Pintu & Tingkap

Sekiranya berada diruang tamu, penggunaan aliran udara semulajadi boleh digunakan. Buka tingkap-tingkap dan pintu-pintu yang berkenaan, elakkan memasang penghawa dingin dan gantikan dengan kipas siling.

Kini terdapat berbagai bentuk tingkap yang direkacipta untuk membolehkan udara memasuki ruang rumah tanpa menjejaskan isu keselamatan. Tingkap tidak perlu dibuka besar memadai hanya dengan membenarkan udara memasukinya dan tidak dihalangi oleh kain langsir. Selak kain langsir yang tebal jika perlu.

Manakala pastikan pintu gril besi sentiasa dikunci sewaktu pintu papan atau pintu kaca anda dibuka untuk mengelakkan sebarang kejadian jenayah yang tidak diingini.

_______________________________________________________________ 
Anda mungkin boleh mencuba beralih kepada tenaga-boleh-diperbaharui iaitu tenaga solar. Tapi bagaimana mendapatkannya? Bagaimana dengan kosnya?
Klik disini untuk mengetahui cara-cara membina panel solar
Saya tidak mahu melobi secara aggresif, anda baca, lihat sendiri dan buatlah penilaian sebelum membeli produk tersebut. Ada jaminan wang dikembalikan.



Wednesday

Elemen Penyejukan Semulajadi - Alat Pengalir Udara Panas

Penggunaan Alat Pengaliran Udara Panas

Satu penemuan yang menarik yang dapat membantu mengurangkan kepanasan didalam rumah. Lihat pada sesetengah rumah dan kilang-kilang yang memasang satu alat bersaiz bulat bewarna perak yang berpusing di bahagian bumbung. Jika dilihat dari sudut sains, udara panas akan sentiasa bergerak ke atas sementara udara sejuk kekal dibawah. Dengan demikian udara panas yang terperangkap didalam rumah akan bergerak keluar melalui alat pengaliran udara tersebut.

Sudah tentu penggunaan kipas elektrik dapat dikurangkan. Sekiranya menggunakan penghawa dingin, maka, penghawa dingin tidak perlu bekerja-keras untuk menyejukkan sesebuah bilik kerana kediaman itu sendiri tidak memerangkap udara panas didalamnya.


______________________________________________________________ 
Beralihlah kepada penggunaan tenaga-boleh-diperbaharui iaitu tenaga solar. Tapi bagaimana mendapatkannya? Bagaimana dengan kosnya?
Klik disini untuk mengetahui cara-cara membina panel solar
Saya tidak mahu melobi secara aggresif, anda baca, lihat sendiri dan buatlah penilaian sebelum membeli produk tersebut. Ada jaminan wang dikembalikan.

Monday

Elemen Penyejukan Semulajadi - Tumbuhan Hijau

Tumbuhan Hijau

Tanam pokok-pokok sebagai elemen teduhan sekiranya mempunyai tanah lebihan. Tidak dapat dinafikan tumbuh-tumbuhan dapat menyejukkan persekitaran sekeliling. Kesan pemanasan dari pancaran matahari dapat diserap oleh pokok-pokok disamping itu ianya dapat melepaskan oksigen yang banyak kepada manusia.

Manusia dan tumbuh-tumbuhan saling memerlukan di mana manusia menghembuskan karbon dioksida yang amat diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan untuk proses fotosintesisnya (proses pembuatan makanan) dan sebagai balasan tumbuh-tumbuhan menghasilkan oksigen yang diperlukan manusia untuk bernafas.

Proses pernafasan dan fotosintesis ini berlaku secara berulang dan kebergantungan 2 makhluk ini menjanjikan bekalan oksigen dan karbon dioksida sentiasa mencukupi.

___________________________________________________________________
Pilihan di tangan anda. Anda mungkin boleh mencuba beralih kepada tenaga-boleh-diperbaharui iaitu tenaga solar. Tapi bagaimana mendapatkannya? Bagaimana dengan kosnya?
Klik disini untuk mengetahui cara-cara membina panel solar
Saya tidak mahu melobi secara aggresif, anda baca, lihat sendiri dan buatlah penilaian sebelum membeli produk tersebut. Ada jaminan wang dikembalikan.

Saturday

Penghawa Dingin - Pengendalian Yang Sesuai

Cara Pengendalian Penghawa Dingin Yang Sesuai

Penentuan suhu bilik
Awas dengan penetapan suhu bilik yang terlalu rendah boleh mendatangkan kesan kepada kesihatan terutamanya kepada yang alah kepada cuaca sejuk. Ianya juga boleh menyebabkan pembaziran kepada tenaga elektrik.

Memasang tirai
Sebaik-baiknya pasanglah tirai yang boleh menghalang pancaran terus matahari ke dalam bilik. Dengan adanya tirai, suhu bilik lebih sejuk dan penghawa dingin tidak perlu bekerja-keras untuk menyejukkan suhu sebuah bilik.

Tutup tingkap dan pintu
Apabila menghidupkan penghawa dingin, pastikan pintu dan tingkap ditutup agar udara panas tidak memasuki ruang bilik. Lebih mudah bagi sistem penghawa dingin menurunkan suhu sebuah bilik.

Penggunaan timer yang sesuai
Bagi kebanyakan sistem penghawa dingin, terdapat ciri-ciri menetapkan pemasaan bagi membolehkan sistem penghawa dingin beroperasi pada kadar yang tertentu. Contohnya : bekerja secara 100% pada 2 jam yang pertama, kemudian turun kepada 60% pada 2 jam berikutnya dan turun pula ke 30% pada 2 jam yang berikutnya. Ianya menggunakan fuzzy logic yang sentiasa mengukur tahap suhu sebuah bilik.

Laraskan suhu bilik yang sesuai untuk bayi dan warga emas. Bagi keadaan cuaca di Malaysia, setkan suhu penghawa dingin di antara 24°C hingga 26°C. Seberapa mungkin gunakan aliran udara semulajadi. 

______________________________________________________
Kini telah ramai yang telah beralih kepada penggunaan tenaga solar. Anda mungkin boleh mencuba beralih kepada tenaga-boleh-diperbaharui ini. Tapi bagaimana mendapatkannya? Bagaimana dengan kosnya?
Klik disini untuk mengetahui cara-cara membina panel solar
Saya tidak mahu melobi secara aggresif, anda baca, lihat sendiri dan buatlah penilaian sebelum membeli produk tersebut. Ada jaminan wang dikembalikan.

                                                                                                  
Penghawa Dingin tergolong dalam kategori alat bermotor. Meningkatkan keupayaan power factor didalam alat elektrik berasaskan motor mampu mengurangkan penggunaan bil elektrik. Apa itu Power Factor? Fakta Penting Untuk Anda Ketahui!

Thursday

Penghawa Dingin - Alat Penyejat

Alat Penyejat Penghawa Dingin

Bersihkan alat penyejat penghawa dingin sekiranya mendapati terdapat gumpalan habuk yang melekat. Gunakanlah pembersih vakum untuk menyedut segala gumpalan  habuk yang melekat di alat penyejat tersebut. Berhati-hati ketika membersihkannya kerana sirip alat penyejat amat lembut dan sensitif. Sekiranya alat penyejat tidak dapat bekerja dengan baik, maka suhu bilik lambat untuk diturunkan dan sudah tentulah sistem pemampat terpaksa bekerja lebih kerap. Semakin kerap sistem pemampat berfungsi maka semakin tinggilah penggunaan elektrik.

Alat penyejat berbentuk jaluran nipis yang bewarna perak sekiranya anda membuka penutup in-door penghawa dingin. Sekali lagi diingatkan bahawa alat ini terlalu nipis maka berhati-hatilah ketika membersihkannya. 

                                                                                              
Penghawa Dingin tergolong dalam kategori alat bermotor. Meningkatkan keupayaan power factor didalam alat elektrik berasaskan motor mampu mengurangkan penggunaan bil elektrik. Apa itu Power Factor? Fakta Penting Untuk Anda Ketahui!

Tuesday

Penghawa Dingin - Penapis Udara

Penapis Udara

Bagi yang menggunakan penghawa dingin, bersihkanlah penapis udara seberapa kerap. Ini bertujuan memberikan aliran udara yang lebih baik bagi sistem “blower” untuk bekerja dengan lebih berkesan. Unit dalaman penghawa dingin dapat menyedut udara dengan lebih mudah dan meringankan beban kerja kepada penghawa dingin. Apabila sistem blower dapat berfungsi dengan baik, ruang bilik dapat disejukkan dalam tempoh yang singkat. Apabila bilik telah menjadi sejuk, sistem pemampat penghawa dingin akan berhenti beroperasi untuk seketika. Sistem pemampat ini akan berfungsi semula apabila suhu bilik meningkat, bergantung kepada penetapan suhu yang anda setkan pada penghawa dingin tersebut. Semakin kurang sistem pemampat berfungsi maka semakin kuranglah penggunaan elektrik kerana komponen tersebutlah yang menggunakan tenaga elektrik yang banyak.

Pastikan penapis udara yang telah dibersihkan tidak dijemur dibawah pancaran matahari secara langsung kerana dikhuatiri kesan panas tersebut boleh mengherotkan fizikal penapis udara tersebut. Setelah penapis dibersihkan, pastikan ianya dipasang semula dikedudukan asal sebelum menghidupkan penghawa dingin. Ini untuk mengelakkan habuk disedut ke dalam unit penghawa dingin yang mungkin boleh menyebabkan kerosakan.


                                                                                                
Penghawa Dingin tergolong dalam kategori alat bermotor. Meningkatkan keupayaan power factor didalam alat elektrik berasaskan motor mampu mengurangkan penggunaan bil elektrik. Apa itu Power Factor? Fakta Penting Untuk Anda Ketahui!

Penghawa Dingin - Penentuan Saiz Keupayaan

Penentuan Saiz Keupayaan Penghawa Dingin

Adalah penting untuk membeli alat penghawa yang bersaiz betul untuk kegunaan. Unit yang besar akan menggunakan lebih banyak tenaga dan tutup/buka secara kerap. Saiz sesebuah penghawa dingin itu diukur menerusi kapasiti unit tersebut berbanding saiz fizikal. Kapasiti diukur dalam BTUs per hour. BTU bermaksud British Thermal Units. Ramai yang beranggapan dengan membeli sebuat unit berkapasiti besar akan memberikan penyejukan suhu bilik yang baik. Pada dasarnya memang benar tetapi saiz penghawa dingin yang tidak setimpal dengan saiz bilik akan menyebabkan sistem pemampat off dan on terlalu kerap. Bila ini berlaku, sistem pemampat bekerja-keras untuk memulakan operasi kerana tekanan didalam sistem penghawa dingin tidak mempunyai ruang masa yang cukup untuk diselaraskan.

Pertimbangkan faktor-faktor ini apabila memilih saiz penghawa dingin :

  • Keluasan bilik? 
  • Adakah penghawa dingin dipasang dikawasan yang senantiasa menerima cahaya matahari?
  • Adakah penghawa dingin dipasang diruang yang mempunyai tirai yang mencukupi?
  • Adakah penghawa dingin dipasang dikawasan yang selalu mengeluarkan haba? Contohnya, berhampiran dapur.
Menurut kaedah pengiraan Manual J Load iaitu satu kaedah tepat secara saintifik, pertimbangan mengenai saiz penghawa dingin termasuk :
  • Bahan binaan rumah atau bangunan yang digunakan.
  • Tahap insulasi yang dipasang.
  • Bilangan tingkap
  • Saiz bilik
Berdasarkan kepada input yang di atas, satu ukuran yang tepat dapat dirumuskan.

Berita baik untuk anda yang sentiasa peka mengenai isu bil elektrik. Anda mungkin boleh mencuba beralih kepada tenaga-boleh-diperbaharui iaitu tenaga solar. Tapi bagaimana mendapatkannya? Bagaimana dengan kosnya?
Klik disini untuk mengetahui cara-cara membina panel solar
Saya tidak mahu melobi secara aggresif, anda baca, lihat sendiri dan buatlah penilaian sebelum membeli produk tersebut. Ada jaminan wang dikembalikan.

                                                                                            
Penghawa Dingin tergolong dalam kategori alat bermotor. Meningkatkan keupayaan power factor didalam alat elektrik berasaskan motor mampu mengurangkan penggunaan bil elektrik. Apa itu Power Factor? Fakta Penting Untuk Anda Ketahui!