Apa itu Power Factor? Fakta Penting Untuk Anda!

Kaedah Power Factor Dalam Mini Sun Power Saver


Ini bukan kaedah mencuri elektrik. Kini telah wujud satu alat yang sah disisi undang-undang yang berupaya mengurangkan kadar penggunaan tenaga elektrik. Alat penjimatan tenaga elektrik yang dimaksudkan adalah Minisun Power Saver yang meningkatkan power factor dibekalan letrik didalam premis anda. Penjimatan maksima boleh dihasilkan apabila power factor yang sempurna atau lebih besar terhasil dalam aliran sistem letrik di rumah atau premis anda.

Kapasitor yang terbina didalam Mini Sun Power Saver berfungsi meningkatkan power factor didalam bekalan letrik supaya setiap alat letrik didalam premis anda dapat digerakkan dengan menggunakan bekalan letrik yang hampir sempurna. Apabila tenaga letrik ke setiap alat letrik menjadi hampir sempurna, maka, pembaziran tenaga letrik dapat dikurangkan dan seterusnya kadar penggunaan letrik di rumah atau premis anda akan menurun.


Ikuti penerangan mengenai power factor didalam video dibawah.



Ringkasnya gambaran power factor didalam video di atas menggambarkan kepayahan seekor kuda menarik gerabak keratapi sekiranya kuda bergerak di sudut yang besar terhadap landasan keretapi. Apabila sudut ini mengecil maka keretapi dapat digerakkan dengan mudah.

penjimatan tenaga elektrik

Jika seekor kuda menarik sebuah keretapi di atas landasan, tidak ada tenaga yang dibazirkan. Tetapi kuda tidak dapat bergerak dengan pantas di atas landasan keretapi, maka ia hanya dapat berlari dengan pantas di tepi landasan keretapi sahaja. Kuda hanya dapat menggunakan tenaganya yang dikenali sebagai Total (apparent) Power sahaja sedangkan tenaga yang diperlukan untuk menggerakkan keretapi di atas landasan adalah dipanggil Working (real) Power. Manakala jarak kuda dengan landasan adalah dikenali sebagai Nonworking (reactive) Power.  Bayangkan jika kuda dapat menghampiri landasan keretapi sedekat mungkin, sudah tentulah ia dapat bergerak lebih pantas dan pembaziran tenaga dapat dielakkan secara maksimum.

Secara teknikal, perkiraan power factor adalah seperti berikut :


Power Factor = Working (Real) Power
                     Total (Apparent) Power

iaitu nisbah di antara Working (real) Power dan Total (apparent) Power. Apabila power factor menghampiri nilai 1, maka Nonworking (reactive) Power juga menghampiri nilai 0. Inilah yang kita mahukan di mana Nonworking (reactive) Power menjadi nilai yang sekecil mungkin. Ini bermaksud, tiada pembaziran pada tenaga kuda tersebut!






beli power saver