Thursday

Pemilihan Warna Dinding & Hiasan

Bagi sesebuah ruang yang ingin dicat, pilihlah warna yang cerah agar lebih banyak cahaya dapat dipantulkan. Dengan ini, penggunaan lampu dapat dikurangkan.

Penjimatan Dari Sudut Yang Lain

Walaupun ini tidak banyak membantu mengurangkan elektrik tetapi masih boleh diambilkira. Sebahagian alat elektrik sentiasa berada didalam keadaan stand-by. Masih terdapat sedikit tenaga yang digunakan dalam keadaan begitu. Cuba elakkan keadaan stand-by sekiranya keadaan tidak memerlukannya. Tambahan pula ianya boleh mengelakkan serangan kilat. Sekali terkena serangan kilat, kos pembaikan agak memeningkan.

Kelengkapan rumah yang berat seperti rak buku dan sofa dapat mencegah kemasukan haba daripada luar rumah dan kehilangan kesejukan dari dalam rumah sekiranya dinding rumah tidak tebat haba. Berbelanjalah secara berhemah.

Membeli peralatan yang menggunakan teknologi Cekap Tenaga sememangnya berbaloi. Kos belian memang agak mahal tetapi untuk jangkamasa panjang ianya menjimatkan. Pastikan anda tidak tertipu dengan membezakan alat-alat elektrik yang menggunakan teknologi Cekap Tenaga dan yang sebaliknya. Kebiasaannya dilogokan dengan perkataan “Energy Star”.

Jika peralatan elektrik telah berusia melebihi 10 hingga 15 tahun, mungkin telah tiba masanya untuk anda melabur dengan membeli peralatan baru dengan teknologi penjimatan yang baru.


Ianya ada hubung-kait dengan peningkatan power factor yang mungkin boleh dihasilkan didalam sistem tenaga elektrik. Apa itu Power Factor? Fakta Penting Untuk Anda Ketahui!

Tuesday

Pemilihan Lampu Jimat Tenaga Elektrik



Pemilihan Lampu Jimat Tenaga Elektrik


Gunakan lampu floresen yang menggunakan teknologi terbaru. Ianya menggunakan tenaga elektrik yang kurang tetapi lebih mengeluarkan cahaya dan tahan lebih lama. Bersihkan habuk yang terkumpul dilampu floresen seberapa kerap.


Pastikan lampu ditutup pada waktu siang!


Memang menjadi situasi yang biasa berlaku kepada penduduk di bandar terutamanya di bandaraya yang senantiasa berperang dengan masa untuk ke tempat kerja. Jika lewat 5 minit keluar dari rumah mungkin mengundang kelewatan 30 minit di tempat kerja. Dalam keadaan sibuk bersiap untuk keluar di waktu pagi, jangan pula lupa untuk mematikan semua lampu. Gunakanlah timer yang sesuai untuk lampu halaman, car porch dan lampu belakang. Timer tersebut boleh dibeli dengan harga kurang dari RM20 seunit.

Bayangkan pula apa yang berlaku dihujung minggu Sabtu/Ahad dimana kebanyakan daripada kita bangun agak lewat. Kita mungkin tidak perasan bahawa lampu depan dan belakang masih belum dimatikan. Disinilah penggunaan timer amat digalakkan dalam merealisasikan konsep jimat tenaga elektrik.

Lampu dipasang secara berselang-seli


Bagi kawasan kejiranan yang memerlukan jalan belakang dan hadapan rumah diterangi dengan limpahan lampu diwaktu malam bagi mengelakkan serangan perompak, disyorkan bagi anda berbincang dengan jiran sebelah untuk memasang lampu secara bergilir. Jiran sebelah kira pasang lampu depan, anda pasang lampu belakang dan jiran sebelah kanan pasang lampu depan dan begitulah aturannya sehingga ke rumah terakhir di blok kediaman tersebut.

Berita baik untuk anda yang sentiasa peka mengenai isu bil elektrik. Anda mungkin boleh mencuba beralih kepada tenaga-boleh-diperbaharui iaitu tenaga solar. Tapi bagaimana mendapatkannya? Bagaimana dengan kosnya?
Klik disini untuk mengetahui cara-cara membina panel solar
Saya tidak mahu melobi secara aggresif, anda baca, lihat sendiri dan buatlah penilaian sebelum membeli produk tersebut. Ada jaminan wang dikembalikan.

Sunday

Pemilihan Mesin Basuh & Kuantiti Pakaian

Mesin Basuh

Mesin basuh antara alat elektrik yang menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Saiz mesin basuh yang betul kebiasaannya berkadar terus dengan saiz sesebuah keluarga. Bagi mereka yang tiada anak, mesin basuh bersaiz kecil sudah memadai.

Bilangan pakaian yang ingin dicuci mesti memenuhi muatan yang dibenarkan. Pastikan setiap cucian dalam muatan penuh dan aras air disetkan pada tahap yang betul.

Sentiasalah menggunakan air sejuk untuk mencuci. Hanya pakaian yang terlalu kotor sahaja yang memerlukan air panas untuk mencuci.

Di musim panas, elakkan penggunaan pengering. Pakaian boleh dijemur dibawah sinaran matahari dan elemen ultraviolet dalam sinaran matahari mampu membunuh kuman.


Mesin basuh ialah sebuah alat bermotor. Meningkatkan keupayaan power factor didalam alat elektrik berasaskan motor mampu mengurangkan penggunaan bil elektrik. Apa itu Power Factor? Fakta Penting Untuk Anda Ketahui!

Friday

Pemilihan Peti Sejuk & Cara Mengguna

Peti Sejuk

Gunakanlah peti sejuk high energy rating yang menjimatkan. Namun demikian, peti sejuk lama tidak menggunakan teknologi ini. Maka langkah berikut boleh dipraktikkan untuk menjimatkan tenaga elektrik :

Vakum koil peti sejuk sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memastikan kompresor bekerja pada tahap yang berkesan. Pastikan anda mematikan suis peti sejuk sebelum melakukan kerja-kerja pembersihan.

Kurangkan membuka pintu peti sejuk kerana 30% udara sejuk akan terlepas setiap kali pintu peti sejuk dibuka. Bila ruang dalaman peti sejuk menjadi kurang sejuk, maka, kompresor mula bekerja untuk mengembalikan semula suhu yang telah ditetapkan.

Kawal muatan peti sejuk anda. Udara sejuk perlu mengalir secara menyeluruh dan bebas untuk memastikan makanan disejukkan pada suhu yang sepatutnya.

Sentiasa periksa magnet yang terdapat pada pintu sejuk. Ujian asid ialah dengan meletakkan wang kertas RM1 dan tutupkan pintu. Tukarkan magnet tersebut sekiranya anda boleh menarik wang kertas tersebut.

Walaupun proses defrost secara automatik amat menyenangkan anda, tetapi proses defrost memerlukan tenaga elektrik yang banyak. Penggunaan defrost secara manual boleh mengurangkan 36% penggunaan tenaga.

Saiz peti sejuk mestilah juga bersesuaian. Untuk keluarga bersaiz kecil, tidak perlulah menggunakan peti sejuk bersaiz besar kerana secara umumnya, jika keluarga kecil sudah tentulah jumlah makanan yang disimpan didalam peti sejuk juga adalah kecil. Lebih besar peti sejuk, lebih tinggi penggunaan elektrik.


Peti sejuk tergolong didalam kategori alat bermotor. Meningkatkan keupayaan power factor didalam alat elektrik berasaskan motor mampu mengurangkan penggunaan bil elektrik. Apa itu Power Factor? Fakta Penting Untuk Anda Ketahui!

Wednesday

Penjimatan Tenaga Elektrik Di Dapur

Penjimatan Tenaga Elektrik Di Dapur


Oven

Peralatan dapur seperti oven mestilah bersesuaian. Sekiranya anda bukan seorang penjual kuih, maka tidak perlulah mempunyai sebuah oven yang besar. Lebih besar peralatan letrik tersebut maka lebih tinggi penggunaan elektrik. Pintu oven tidak perlu dibuka, hanya memadai melihat masakan anda melalui kaca tetingkap sahaja. Ini adalah kerana setiap kali anda membuka pintu oven, udara panas akan dilepaskan dan mengakibatkan pemanas mula berfungsi untuk mengembalikan semula suhu yang telah ditetapkan.

Dapur Elektrik

Bagi yang menggunakan dapur elektrik, tutup periuk atau kuali untuk memendekkan masa memasak. Penggunaan saiz periuk dan kuali juga perlu bersesuian dengan kuantiti makanan yang ingin dimasak agar makan lebih cepat masak. Sebagai contoh, jika saiz periuk yang anda gunakan adalah kecil, manakala saiz tapak pemanas (burner) adalah besar, maka akan berlaku pembaziran tenaga dibahagian burner yang tidak menyentuh bahagian bawah periuk.

Cerek Elektrik

Penggunaan saiz cerek elektrik perlu bersesuian dengan saiz keluarga. Gunakanlah cerek elektrik bersaiz kecil sekiranya anda mempunyai saiz keluarga yang kecil. Sebelum memasak air, sebaik-baiknya gunakan kembali air dari dalam thermos flask yang tidak habis digunakan dan tambahkan air secukupnya ke dalam cerek. Ini untuk mempercepatkan proses pendidihan air. Setiap kali air yang telah dimasak, dituang ke dalam thermos flask secepat mungkin. Kawal kekerapan memasak air dan seberapa mungkin, selaraskan masa memasak air dengan tempoh masa anda menyediakan minuman buat keluarga atau menyediakan air mandian untuk bayi. Ini bermaksud, setiap baki air panas yang tinggal didalam cerek setelah anda mengisi thermos flask, boleh digunakan untuk tujuan tersebut.

Peringatan :

Jika anda disogok oleh seseorang untuk membeli alat penjimat tenaga elektrik dan mereka mengatakan alat penjimat elektrik tersebut mampu mengurangkan bil elektrik rumah anda, maka, anda tanyakan soalan ini kepada mereka. "...saya banyak menggunakan oven kerana ada bisnes buat kuih secara kecil-kecilan dan bil saya memang cecah 600-700 ringgit sebulan. Alat ni berkesan ke mengurangkan bil letrik saya?" Jika jawapan mereka adalah YA, maka, jangan beli alat penjimat tenaga elektrik tersebut. Belum ada lagi alat yang mampu mengurangkan bil letrik bagi barangan yang berunsur pemanasan. Alat jimat elektrik ini berkesan untuk barangan berunsurkan motor sahaja, seperti penghawa dingin, pam motor kolam ikan, peti sejuk dan sebagainya.