Friday

Pemilihan Peti Sejuk & Cara Mengguna

Peti Sejuk

Gunakanlah peti sejuk high energy rating yang menjimatkan. Namun demikian, peti sejuk lama tidak menggunakan teknologi ini. Maka langkah berikut boleh dipraktikkan untuk menjimatkan tenaga elektrik :

Vakum koil peti sejuk sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memastikan kompresor bekerja pada tahap yang berkesan. Pastikan anda mematikan suis peti sejuk sebelum melakukan kerja-kerja pembersihan.

Kurangkan membuka pintu peti sejuk kerana 30% udara sejuk akan terlepas setiap kali pintu peti sejuk dibuka. Bila ruang dalaman peti sejuk menjadi kurang sejuk, maka, kompresor mula bekerja untuk mengembalikan semula suhu yang telah ditetapkan.

Kawal muatan peti sejuk anda. Udara sejuk perlu mengalir secara menyeluruh dan bebas untuk memastikan makanan disejukkan pada suhu yang sepatutnya.

Sentiasa periksa magnet yang terdapat pada pintu sejuk. Ujian asid ialah dengan meletakkan wang kertas RM1 dan tutupkan pintu. Tukarkan magnet tersebut sekiranya anda boleh menarik wang kertas tersebut.

Walaupun proses defrost secara automatik amat menyenangkan anda, tetapi proses defrost memerlukan tenaga elektrik yang banyak. Penggunaan defrost secara manual boleh mengurangkan 36% penggunaan tenaga.

Saiz peti sejuk mestilah juga bersesuaian. Untuk keluarga bersaiz kecil, tidak perlulah menggunakan peti sejuk bersaiz besar kerana secara umumnya, jika keluarga kecil sudah tentulah jumlah makanan yang disimpan didalam peti sejuk juga adalah kecil. Lebih besar peti sejuk, lebih tinggi penggunaan elektrik.


Peti sejuk tergolong didalam kategori alat bermotor. Meningkatkan keupayaan power factor didalam alat elektrik berasaskan motor mampu mengurangkan penggunaan bil elektrik. Apa itu Power Factor? Fakta Penting Untuk Anda Ketahui!

0 comments:

Post a Comment

Komen Anda?