Tuesday

Penghawa Dingin - Penapis Udara

Penapis Udara

Bagi yang menggunakan penghawa dingin, bersihkanlah penapis udara seberapa kerap. Ini bertujuan memberikan aliran udara yang lebih baik bagi sistem “blower” untuk bekerja dengan lebih berkesan. Unit dalaman penghawa dingin dapat menyedut udara dengan lebih mudah dan meringankan beban kerja kepada penghawa dingin. Apabila sistem blower dapat berfungsi dengan baik, ruang bilik dapat disejukkan dalam tempoh yang singkat. Apabila bilik telah menjadi sejuk, sistem pemampat penghawa dingin akan berhenti beroperasi untuk seketika. Sistem pemampat ini akan berfungsi semula apabila suhu bilik meningkat, bergantung kepada penetapan suhu yang anda setkan pada penghawa dingin tersebut. Semakin kurang sistem pemampat berfungsi maka semakin kuranglah penggunaan elektrik kerana komponen tersebutlah yang menggunakan tenaga elektrik yang banyak.

Pastikan penapis udara yang telah dibersihkan tidak dijemur dibawah pancaran matahari secara langsung kerana dikhuatiri kesan panas tersebut boleh mengherotkan fizikal penapis udara tersebut. Setelah penapis dibersihkan, pastikan ianya dipasang semula dikedudukan asal sebelum menghidupkan penghawa dingin. Ini untuk mengelakkan habuk disedut ke dalam unit penghawa dingin yang mungkin boleh menyebabkan kerosakan.


                                                                                                
Penghawa Dingin tergolong dalam kategori alat bermotor. Meningkatkan keupayaan power factor didalam alat elektrik berasaskan motor mampu mengurangkan penggunaan bil elektrik. Apa itu Power Factor? Fakta Penting Untuk Anda Ketahui!

0 comments:

Post a Comment

Komen Anda?