Wednesday

Penjimatan Tenaga Elektrik Di Dapur

Penjimatan Tenaga Elektrik Di Dapur


Oven

Peralatan dapur seperti oven mestilah bersesuaian. Sekiranya anda bukan seorang penjual kuih, maka tidak perlulah mempunyai sebuah oven yang besar. Lebih besar peralatan letrik tersebut maka lebih tinggi penggunaan elektrik. Pintu oven tidak perlu dibuka, hanya memadai melihat masakan anda melalui kaca tetingkap sahaja. Ini adalah kerana setiap kali anda membuka pintu oven, udara panas akan dilepaskan dan mengakibatkan pemanas mula berfungsi untuk mengembalikan semula suhu yang telah ditetapkan.

Dapur Elektrik

Bagi yang menggunakan dapur elektrik, tutup periuk atau kuali untuk memendekkan masa memasak. Penggunaan saiz periuk dan kuali juga perlu bersesuian dengan kuantiti makanan yang ingin dimasak agar makan lebih cepat masak. Sebagai contoh, jika saiz periuk yang anda gunakan adalah kecil, manakala saiz tapak pemanas (burner) adalah besar, maka akan berlaku pembaziran tenaga dibahagian burner yang tidak menyentuh bahagian bawah periuk.

Cerek Elektrik

Penggunaan saiz cerek elektrik perlu bersesuian dengan saiz keluarga. Gunakanlah cerek elektrik bersaiz kecil sekiranya anda mempunyai saiz keluarga yang kecil. Sebelum memasak air, sebaik-baiknya gunakan kembali air dari dalam thermos flask yang tidak habis digunakan dan tambahkan air secukupnya ke dalam cerek. Ini untuk mempercepatkan proses pendidihan air. Setiap kali air yang telah dimasak, dituang ke dalam thermos flask secepat mungkin. Kawal kekerapan memasak air dan seberapa mungkin, selaraskan masa memasak air dengan tempoh masa anda menyediakan minuman buat keluarga atau menyediakan air mandian untuk bayi. Ini bermaksud, setiap baki air panas yang tinggal didalam cerek setelah anda mengisi thermos flask, boleh digunakan untuk tujuan tersebut.

Peringatan :

Jika anda disogok oleh seseorang untuk membeli alat penjimat tenaga elektrik dan mereka mengatakan alat penjimat elektrik tersebut mampu mengurangkan bil elektrik rumah anda, maka, anda tanyakan soalan ini kepada mereka. "...saya banyak menggunakan oven kerana ada bisnes buat kuih secara kecil-kecilan dan bil saya memang cecah 600-700 ringgit sebulan. Alat ni berkesan ke mengurangkan bil letrik saya?" Jika jawapan mereka adalah YA, maka, jangan beli alat penjimat tenaga elektrik tersebut. Belum ada lagi alat yang mampu mengurangkan bil letrik bagi barangan yang berunsur pemanasan. Alat jimat elektrik ini berkesan untuk barangan berunsurkan motor sahaja, seperti penghawa dingin, pam motor kolam ikan, peti sejuk dan sebagainya.

0 comments:

Post a Comment

Komen Anda?