Thursday

Pendawaian Single-Phase Dan 3-Phase

Pendawaian Single-Phase Dan 3-Phase

Berikut adalah maklumat ringkas mengenai jenis-jenis pendawaian yang digunakan ke atas kediaman anda. 

Pendawaian single-phase biasanya dibekalkan ke rumah-rumah teres setingkat mahupun 2 tingkat, adakalanya rumah banglo juga menggunakan jenis ini. Kebiasaannya pemaju perumahan akan membina rumah dengan menyediakan bekalan single-phase untuk kategori rumah di atas.


Single-Phase Kotak Suis Utama

Untuk rumah banglo dan semi-D yang baru, pemaju mula menyediakan pendawaian 3-phase untuk menarik minat pembeli membeli rumah tersebut. Ini kerana kos pemasangan kabel 3-phase agak tinggi. Lagipun pembeli rumah jenis ini banyak duit maka mereka tak kisah jika harga rumah agak mahal. Kebiasaannya rumah banglo dan semi-D mempunyai ruang yang besar dan ini memerlukan kapasiti penghawa dingin yang besar, contohnya kuasa penghawa dingin jenis 2.5hp mungkin diperlukan untuk menyejukkan sesebuah ruang. Manakala paras siling juga mungkin berketinggian 11-13 kaki dari lantai dan kebiasaannya pemilik rumah memasang plaster ceiling dengan set down lights yang banyak. Semua ini sudah tentu memerlukan sejumlah tenaga elektrik yang banyak.

Bagi kedai dan pejabat, kebiasaannya dibekalkan dengan pendawaian 3-phase memandangkan banyak tenaga elektrik yang diperlukan.
Pendawaian 3-phase akan membekalkan tenaga letrik yang mencukupi dan seimbang sekiranya pengguna menggunakan tenaga elektrik yang banyak seperti air-cond, pam bermotor untuk kolam renang dan sebagainya. Ianya lebih menjimatkan berbanding single-phase tetapi untuk menukar pendawaian single-phase kepada 3-phase memerlukan belanja yang besar kerana sistem pendawaian di rumah/premis perlu ditukar. 

Anda boleh merujuk kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sekiranya mereka ada menawarkan harga diskaun untuk bekalan masuk 3-phase ke kediaman anda. Dapatkan kontraktor yang bertauliah untuk menukar pendawaian 1-phase kepada 3-phase bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini memandangkan perkara berkaitan elektrik tidak boleh dibuat main. Mungkin pekerja kontrak Indonesia boleh melakukannya tetapi jangan letakkan rumah anda dalam risiko!

Tahukah anda tentang Power Factor? Kecekapan power factor juga boleh membantu mengurangkan bil elektrik. Ikuti penerangan dengan klik di sini.
 

19 comments:

  1. Orang indonesia pun punya otak untuk berfikir dan membuat pendawaian.takde dalam mana mana catatan menyatakan hanya orang malaysia sahaja yang boleh wat pendawaian.bodoh jugak ko ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesiapapun yg berkemahiran boleh melakukan pendawaian TETAPI perkara berkaitan elektrik sewajarnya dirujuk kepada mereka yang bertauliah tidak kira samaada mereka warga Malaysia atau Indonesia.

      Adakah pekerja kontrak Indonesia yang bekerja di Malaysia mempunyai tauliah dari TNB?

      Lazimnya di Malaysia di sebuah negara yang kaya dengan budi bahasa, tahap KEBODOHAN seseorang itu diukur dari segi kematangan mereka membaca maksud blog posting dengan betul. Fahamkan baris demi baris sebelum membuat sebarang kenyataan yang berbau provokasi.

      Delete
    2. bodo punya indon

      Delete
  2. balik indon la Yan Awien.. buat semak saja sini

    ReplyDelete
  3. karut marut la korang nih.. pui pui

    ReplyDelete
  4. Relak brother relax..pekerja msia dan indonesia sama2 hebat..jgn gaduh2 rezeki ada d mana2. Haha..Tq for sharing

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum saudara...berapa kos kasar untuk tukar 1 fasa ke 3 fasa dan kos pendawaian semula untuk dua buah rumah (rumah corner lot + rumah sebelah)

    ReplyDelete
  6. Salam bang. Nak Tanya, kalau pendawaian single-phase, sesuai ke Tak sesuai kalau nak pasang aircond? Kalau Tak sesuai, end of my question 😎 tapi kalau sesuai, berapa maximum capacity aircond yang boleh dipasang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 unit aircond dgn 1hp setiap unit. Blh guna 2hp tp 1 lg 1 hp shja

      Delete
    2. betul ker hanya 3 buah aircond saja boleh install kalau mengunakan 1 phase?? kenapa begitu sedangkan max current load untuk rumah yelah 63 A. jika 3 buah aircond 1.5 hp jalan serentak pun tidak sampai 15A..

      Delete
    3. Mitos je 1phase convert 3phase jimat.boleh prove x kat mana yg jimat?

      Delete
  7. Boleh masuk 1 hp.tp x boleh lebih 2@3..x tebawak.itu yg kerap terbakar suiz box .. lg 1, x tahan awak punya bil nti.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.. Nk tanya kalau dari single phase kita tukar 3phase dengan kegunaan kuasa elektrik yg sama jimat ke atau ada kurang ke bill elektrik.. Maaf bertanya mohon pencerahan.. Tq

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.. Nk tanya.. Sy baru btukar ke 3phase..mlm ni.. Blackout di arean rumah, sy.. Tp.. Kat umah saya.. Ada sebhgian masih ada leteik.. Bila on aircond.. Meter x bgerak.. Kenapa ea?

    ReplyDelete
  10. Saya di alor setar bercadang upgrade 3 phase..
    0194108898 hj ahmad..mohon dihubungi. TKasih.

    ReplyDelete
  11. Caesars Casino Review (2021) - Get $10 Free with No Deposit
    Caesars Casino Review deccasino · casinosites.one 1. 토토 사이트 코드 Claim your 1등 사이트 $10 free bonus and receive up to gri-go.com $20 in casino credits (30 Free Spins) · 2. Play Slots at Caesars Casino.

    ReplyDelete
  12. xkesah lah sape pun...janji ada lesen bukn lesen beli...kena kualiti no 1...beli rumah ratus2 k..tapi pemasangan dan pendawaian pun cap tikus...apekehe....pendek kata...lesen tu..penting.xde la rugi akan dtg kepada owner..

    ReplyDelete

Komen Anda?