Jaminan 4 Bulan Wang Dikembalikan

Penting! Sila Baca Sebelum Membuat Pembelian
 

Syarat-syarat Jaminan 4 Bulan Wang Dikembalikan

Untuk Pelanggan Teliti Jitu Trading (Produk : Mini Sun Power Saver)

 

1. Syarat-syarat jaminan ini adalah bertujuan untuk memelihara hak-hak anda sebagai pembeli dan hak-hak kami sebagai penjual.

2. Syarat-syarat jaminan ini berkuatkuasa 28-Disember-2012.

Anda akan diberikan salinan syarat-syarat Jaminan 4 Bulan Wang Dikembalikan beserta dengan Mini Sun Power Saver yang dibeli. Anda dikehendaki menyimpan salinan tersebut yang mempunyai cop TELITI JITU TRADING dan ditandatangani oleh pihak
TELITI JITU TRADING. Sekiranya terdapat perbezaan mengenai syarat-syarat Jaminan 4 Bulan Wang Dikembalikan di antara laman Web ini dengan salinan yang berada didalam simpanan anda, maka, salinan anda akan diguna-pakai semasa proses tuntutan wang anda. Pihak kami menyimpan rekod untuk setiap salinan yang diberi kepada pihak pembeli.

3.  Tempoh jaminan ini adalah 4 bulan dari tarikh pembelian.

4.  Jaminan ini membawa kepada pemulangan wang anda sekiranya produk Mini Sun Power Saver tidak berjaya mengurangkan bil letrik di premis/rumah anda.

5. Mini Sun Power Saver yang dibeli mestilah digunakan secara sepenuh masa iaitu di'on'kan setiap hari.

6.  Bagi model Mini Sun Power Saver model 388, ianya hendaklah di'off'kan apabila tiada alat letrik yang digunakan untuk tempoh yang lama. Contohnya, ketika bercuti di kampung dan banyak alat letrik lain yang di'off'kan, maka Mini Sun Power Saver model 388 mestilah di'off'kan juga.

7.  Mini Sun Power Saver hendaklah menggunakan soket berasingan. Soket yang sama tidak boleh dikongsikan dengan alat letrik yang lain. Penggunaan extension cord juga adalah tidak dibenarkan.

8. Dalam tempoh jaminan ini, anda dinasihatkan untuk tidak menambah perlatan letrik yang baru ke dalam premis/rumah anda. Dan juga, penggunaan letrik mestilah pada kadar yang sama seperti sebelum pemasangan Mini Sun Power Saver. Adalah tidak adil dalam tempoh jaminan ini, anda menambah sebuah unit penghawa dingin, kipas atau mesin pencuci pakaian. Manakala kipas yang dahulunya anda gunakan 6 jam sehari tetapi kini digunakan pada kadar 12 jam sehari. Mesin pencuci pakaian yang dahulunya digunakan 4 kali seminggu, kini digunakan 7 kali seminggu. Ini bertujuan agar satu perbandingan yang jelas dan adil dapat dirumuskan.

9. Bagi membuktikan bahawa Mini Sun Power Saver tidak berjaya menurunkan bil letrik anda, anda dikehendaki menunjukkan 3 bil letrik yang terbaru (berturutan) sebelum pemasangan dan 3 bil letrik yang terbaru (berturutan) selepas pemasangan Mini Sun Power Saver. Alamat pada bil letrik MESTILAH sama dengan alamat penghantaran Mini Sun Power Saver.
 

Tuntutan hendaklah dibuat selepas 100 hari dari tarikh pembelian. Ini bertujuan untuk memastikan kitaran penuh penggunaan tenaga elektrik dibilkan kepada anda untuk tempoh 3 bulan penuh.

Anda dikehendaki membuat salinan bil letrik tersebut dan menghantar kepada pihak kami melalui pos (surat berdaftar lebih sesuai) atau menerusi email.

10. Pihak kami akan meneliti salinan bil-bil letrik anda. Sekiranya terbukti bahawa Mini Sun Power Saver tidak berjaya menurunkan bil letrik anda, kami akan menghubungi anda.

Dalam masa yang sama anda perlu memastikan item-item yang berikut mesti berada didalam simpanan anda, iaitu :

  • 10a - Kad Jaminan (Warranty Card)
  • 10b - Unit Mini Sun Power Saver yang hendak dikembalikan. Pastikan nombor siri Power Saver yang sah masih tertera di bahagian belakang unit tersebut.
  • 10c - Dokumen syarat-syarat Jaminan 4 Bulan Wang Dikembalikan yang anda terima sewaktu menerima Mini Sun Power Saver.
Setelah kami dapati anda layak untuk membuat tuntutan wang anda, pihak kami akan memaklumkan kepada anda untuk menghantar kepada kami dalam masa 7 hari dari tarikh kami menghubungi anda, ke semua item-item yang di atas iaitu item 10a, 10b dan 10c. Kos penghantaran ditanggung oleh anda.

11. Alat Power Saver hendaklah diterima dalam keadaan masih baik dan boleh digunakan. Jaminan wang dikembalikan terlupus dengan sendirinya sekiranya alat Mini Sun Power Saver :   

  • didapati telah rosak
  • didapati telah pecah atau retak samada secara sengaja atau tidak sengaja
  • didapati telah diubahsuai samada luaran atau dalaman
  • didapati telah rosak akibat gangguan lain seperti litar pintas atau kilat
  • didapati telah rosak akibat kesan dari bencana alam seperti banjir atau gempa bumi.
12. Alamat TELITI JITU TRADING adalah:

TELITI JITU TRADING
2, Jln Kesuma 1/17, Fasa 7,
Bandar Tasik Kesuma, Beranang,
43700 Selangor  Darul Ehsan,
Malaysia.
Tel   : (60) 012-4670858

13. Wang dikembalikan akan diberikan secara bank-in ke akaun bank anda.

14. Caj perkhidmatan sebanyak RM15 akan ditolak daripada harga setiap unit yang dipulangkan. Contohnya jika anda membeli seunit Power Saver berharga RM250, maka jumlah wang yang akan dikembalikan kepada anda ialah RM235 iaitu RM250 ditolak RM15 (caj perkhidmatan).

Jika 2 unit dipulangkan bermakna caj perkhidmatan adalah RM30 dan begitulah seterusnya.

15. Jaminan 4 Bulan Wang Dikembalikan tidak sah sekiranya produk ini diberikan percuma di atas pembelian barangan yang lain.


16.  Saya telah membaca syarat-syarat yang di atas dan memahami sepenuhnya maksud syarat-syarat tersebut. Saya dengan ini bersetuju sepenuhnya dan menerima syarat-syarat yang di atas.



kepuasan pelanggan terhadap minisun power saver


beli power saver