Tuesday

Pemilihan Lampu Jimat Tenaga Elektrik



Pemilihan Lampu Jimat Tenaga Elektrik


Gunakan lampu floresen yang menggunakan teknologi terbaru. Ianya menggunakan tenaga elektrik yang kurang tetapi lebih mengeluarkan cahaya dan tahan lebih lama. Bersihkan habuk yang terkumpul dilampu floresen seberapa kerap.


Pastikan lampu ditutup pada waktu siang!


Memang menjadi situasi yang biasa berlaku kepada penduduk di bandar terutamanya di bandaraya yang senantiasa berperang dengan masa untuk ke tempat kerja. Jika lewat 5 minit keluar dari rumah mungkin mengundang kelewatan 30 minit di tempat kerja. Dalam keadaan sibuk bersiap untuk keluar di waktu pagi, jangan pula lupa untuk mematikan semua lampu. Gunakanlah timer yang sesuai untuk lampu halaman, car porch dan lampu belakang. Timer tersebut boleh dibeli dengan harga kurang dari RM20 seunit.

Bayangkan pula apa yang berlaku dihujung minggu Sabtu/Ahad dimana kebanyakan daripada kita bangun agak lewat. Kita mungkin tidak perasan bahawa lampu depan dan belakang masih belum dimatikan. Disinilah penggunaan timer amat digalakkan dalam merealisasikan konsep jimat tenaga elektrik.

Lampu dipasang secara berselang-seli


Bagi kawasan kejiranan yang memerlukan jalan belakang dan hadapan rumah diterangi dengan limpahan lampu diwaktu malam bagi mengelakkan serangan perompak, disyorkan bagi anda berbincang dengan jiran sebelah untuk memasang lampu secara bergilir. Jiran sebelah kira pasang lampu depan, anda pasang lampu belakang dan jiran sebelah kanan pasang lampu depan dan begitulah aturannya sehingga ke rumah terakhir di blok kediaman tersebut.

Berita baik untuk anda yang sentiasa peka mengenai isu bil elektrik. Anda mungkin boleh mencuba beralih kepada tenaga-boleh-diperbaharui iaitu tenaga solar. Tapi bagaimana mendapatkannya? Bagaimana dengan kosnya?
Klik disini untuk mengetahui cara-cara membina panel solar
Saya tidak mahu melobi secara aggresif, anda baca, lihat sendiri dan buatlah penilaian sebelum membeli produk tersebut. Ada jaminan wang dikembalikan.

4 comments:

  1. untuk lampu dijalan belakang tu saya cadangkan boleh pasang lampu yang menggunakan movement sensor bila ada pergerakan lampu akan auto on.

    ReplyDelete
  2. idea yang bagus. Banyak dijual dipasaran lampu jenis ini sekarang. Cuma masalahnya segala jenis objek dia tangkap kira. Asik menyala je la bila ada kucing lalu ke atau anjing lalu ke. hahahaha,.

    ReplyDelete
  3. Buat switch 6g boleh on off bila perlu on bila tak perlu offkan dan pasang timer

    ReplyDelete

Komen Anda?