Monday

Tarif Elektrik Turun Mulai 1 Mac 2015

Tak terperanjat rasanya bila tarif letrik turun selaras dengan penurunan harga minyak. Tapi bila harga minyak turun kenapa tarif letrik turun tak serentak pula. Atau bolehkah TNB buat kiraan semula dan kreditkan semula caj letrik dari tarikh mula harga minyak turun sehingga tarikh sebenar tarif yang baru. Kira macam serupalah majikan yang menaikkan gaji pada bulan March dan kenaikan dibayar pada bulan March tetapi tarikh mula kenaikan dikira dari bulan Januari.

Tarif Elektrik Turun Mulai 1 Mac 2015


Mesyuarat jemaah menteri telah sebulat suara menurunkan tarif elektrik dengan kadar Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) sebanyak 2.25 sen/kWj bagi pengguna letrik di Malaysia Barat bermula dari 1/3/2015 sehingga 30/6/2015. Tapi kenapa sehingga Jun 2015 sahaja? Kenapa tidak sehingga Disember 2015? Mungkin kerajaan akan mengkaji semula tarif yang baru tersebut bila tiba bulan Jun nanti. Harap-harap tarif terus kekal atau lebih mengujakan jika diturunkan lagi.

Berita baik tersebut telah diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili di Putrajaya pada 11/2/2015. Manakala kadar tarif di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan juga diturunkan sebanyak 1.20 sen/kWj berkuatkuasa pada tarikh yang sama dengan Semenanjung Malaysia. Beliau berkata "Ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 32 peratus pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300 kWj sebulan dan semua pengguna dalam kategori lain seperti komersial dan industri."

Sumber : Berita Harian

0 comments:

Post a Comment

Komen Anda?