Showing posts with label Tahukah Anda?. Show all posts
Showing posts with label Tahukah Anda?. Show all posts

Tuesday

Kos Pasang Aircond

Musim El Nino memang menyentuh kulit kita ye dak? Apa taknya punya lah terik pancaran matahari menerjah bumi. Kalau dulu musim hujan, korang komplen tapi bila dan panas cam gini, semua orang komplen panas lak. Adatla manusia, suka sangat komplen termasukla aku.

Tapi setiap perkara yang berlaku akan adalah penyelesaiannya. Senang aje penyelesaiannya. Beli penghawa dingin, abis cerita cuma kena keluar sikit modal nak beli air-cond. Bukan setakat beli je tau, kena la pasang tapi berapa kos pasang aircond?


pemasangan aircond dinding


Aircond ni berbagai jenama dan amat payah kalau nak kata yang itu bagus, yang ini tak bagus. Yang ini bagus yang itu tak bagus. Semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing. Ada yang beli aircond cap ayam tapi kualiti macam cam burung unta.

Apa pulak kena-mengena ayam dan burung unta? Hehehe... takde kena-mengena, ayam tetap ayam tapi burung unta, ia bukan burung dan ia bukan unta. Takla maksudnya beli yang murah tapi guna sampai 6-7 tahun takde masalah, tapi ada yang beli mahal tapi bertahan hingga 5 tahun sahaja. Lagi la bengang!

Cuba korang buat sedikit survey bila tengok rumah-rumah flat, kebanyakannya ada memasang aircond paling tidakkan 1 unit 1HP. Aircond semakin murah kerana permintaan tinggi. Boleh dikatakan purata setiap rumah mempunyai 1 unit aircond.

Tapi berapa pula kos pasang aircond

NO   JENIS AIRCOND       HARGA (RM)
1                    1.0 hp                   180
2                    1.5 hp                   230
3                    2.0 hp                   280
4                    2.5 hp                   350

Maklumat di atas adalah kos upah termasuk paip copper, penebat, paip air keluar dan jarak dari unit indoor ke unit outdoor tidak lebih dari 10 kaki.

Tapi cara pemasangan begini iaitu secara back to back nampak kurang kemas di mata yang melihatnya. Sebaik-baiknya unit-unit outdoor dilonggokkan di satu tempat.

Kesimpulannya kos pasang aircond tidak lah mahal tapi kos penyelenggaraan cara back-to-back agak tinggi. Unit-unit outdoor biasanya dalam kedudukan berterabur dan jika dipasang di dinding luar akan nampaklah unit-unit outdoor dalam kedudukan tinggi rendah dan terletak di ceruk yang sukar di capai.

Bagaimana menjimatkan tenaga? Pilihlah aircond yang dari jenis Energy Saving dan pilih model-model baru jenis Inverter. Aircond dengan ciri-ciri yang disebutkan tadi mampu mengurang penggunaan tenaga elektrik.

Atau dapatkan seunit Mini Sun Power Saver and Stablizer.

Monday

Benarkah Subsidi Elektrik Dihapuskan Pada 2016?

Hangat diperkatakan mengenai subsidi elektrik yang dihapuskan pada tahun 2016. Sejauh mana kebenarannya kita hanya tunggu dan lihat sajalah. Apalah yang mampu kita lakukan sebagai rakyat biasa. 

Terdapat dakwaan mengatakan subsidi elektrik tahun 2015 berjumlah RM150 juta setahun akan dipotong kesemuanya dan ini bermakna kita sebagai rakyat Malaysia tidak lagi menikmati subsidi elektrik yang telah sekian lama kita nikmati.



Benarkah Subsidi Elektrik Dihapuskan Pada 2016?

Lanjutan dari dakwaan tersebut, terdapat pula kenyataan di laman internet yang mengatakan itu adalah dakwaan yang tidak berasas sama sekali. Jika diteliti dari pembentangan bajet 2016, kerajaan masih lagi memperuntukkan RM124 juta bagi tujuan subsidi bil elektrik. Kita yang kurang mendapat maklumat yang jelas, telah diberitahu bahawa peruntukan subsidi elektrik telah dirangkumkan dibawah peruntukan MOF B11 020500 iaitu dibawah tajuk SUBSIDI DAN BANTUAN TUNAI yang keseluruhannya berjumlah RM10.63 billion. Ini adalah sebagai langkah rasionalisasi kerajaan Barisan Nasional untuk tahun 2016.

Oleh yang demikian, kerajaan masih mengekalkan subsidi bil elektrik untuk tahun 2016 cuma ia agak mengelirukan kerana dicampurkan dengan subsidi-subsidi yang lain. Sesuatu yang sukar dikawal sekiranya subsidi elektrik digunakan untuk menampung subsidi yang lain. 

Apapun kisahnya bila tiba 2016 ialah kita perlulah berjimat dalam penggunaan tenaga elektrik. Perkongsian tips-tips penjimatan tenaga elektrik dalam blog ini mampu membantu anda.  Anda juga boleh mencuba sejenis alat penjimatan tenaga elektrik yang sah digunakan di kediaman anda. Bagaimana untuk mengetahui samada ianya sah? Setiap alat penjimatan tenaga elektrik yang dipasang selepas meter TNB dikira sah. 

Tuesday

TNB Dorong Penjimatan Bil Letrik

TNB bakal memperkenalkan meter pintar yang mampu menyimpan data untuk kajian analisa oleh TNB bagi mengenalpasti bekalan elektrik yang diperlukan pada satu-satu masa bagi zon-zon tertentu. Ini akan membolehkan TNB meningkatkan jumlah bekalan kuasa elektrik berdasarkan keperluan pengguna.

Teknologi grid pintar TNB dorong penjimatan bil elektrik

KUALA LUMPUR: Teknologi grid pintar dan sistem Tarif Masa Penggunaan diperkenalkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dijangka membolehkan pengguna menjimatkan bil elektrik pada masa depan.
Teknologi itu yang kini sedang dalam peringkat perintis dan dijangka diperkenalkan dua tahun lagi, akan dilaksanakan menerusi pengenalan meter baharu yang akan diberikan kepada semua 8.5 juta pemegang akaun dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Sistem meter baharu itu membolehkan TNB mengetahui penggunaan kuasa bagi zon tertentu pada satu-satu masa dan membuat pelarasan secara automatik untuk menyalurkan bekalan secukupnya berdasarkan keperluan. 


logo tnb
Logo TNB (www.tnb.com.my)

Antara manfaat penggunaannya ialah pembilan lebih cekap dan tepat, lebih kawalan dalam penggunaan tenaga, proses sambungan dipertingkat dan penyampaian maklumat yang berkesan.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Ir Azman Mohd, berkata sistem grid pintar sedang diuji guna sejak dua tahun lalu untuk mewujudkan persekitaran penggunaan tenaga elektrik yang lebih cekap dan berkesan.
"Menerusi sistem Tarif Masa Penggunaan pula, pengiraan kadar tarif juga berbeza kerana diukur mengikut waktu penggunaannya," katanya selepas pelancaran Program Latihan Industri 'TNB Better Brighter' Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Makmal Grid Pintar UNITEN di sini hari ini.
Pelancaran itu disempurnakan Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh. 

TNB Dorong Penjimatan Bil Letrik


Mengulas lanjut, Azman berkata, sistem grid pintar dilaksanakan menerusi dua projek perintis di Melaka dan Putrajaya. 

"Projek itu yang dijalankan dengan kerjasama beberapa pihak termasuk Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; Suruhanjaya Tenaga dan Unit Pengurusan dan Penyampaian Prestasi (PEMANDU) membabitkan pemasangan 800 unit meter pintar di Melaka dan 200 unit di Putrajaya. 

"Meter berkenaan berfungsi untuk mengelak ketirisan tenaga dan maklumat yang diperoleh dapat membantu membimbing pengguna supaya menggunakan elektrik dengan lebih bijak.

Sumber : Berita Harian

Tahukah anda tentang Power Factor? Kecekapan power factor juga boleh membantu mengurangkan bil elektrik. Ikuti penerangan dengan klik di sini.

Thursday

TNB Rugi RM9j Sindiket Produk Jimat Elektrik

jimat elektrik
Rasa terpanggil pula untuk mengulas ringkas mengenai petikan dari Berita Harian terbitan 4/7/2011. Berita merujuk kepada kegiatan mencuri elektrik menerusi produk jimat elektrik. Rasanya penggunaan tajuk mencuri elektrik menggunakan produk jimat elektrik adalah tidak tepat.
Umumnya, apa yang diketahui oleh sebahagian besar rakyat Malaysia ialah penggunaan produk jimat elektrik adalah selepas bekalan masuk elektrik ke premis iaitu selepas meter. Maka, tidak benarlah jika produk jimat elektrik yang dipasang selepas meter diklasifikasikan sebagai mencuri elektrik. Kenyataan ini diasaskan kepada penggunaan alat elektrik cekap tenaga seperti lampu dan peti sejuk terkini.
Adakah rumah yang mempunyai lampu dan peti sejuk berteknologikan cekap tenaga diklasifikasikan sebagai mencuri elektrik?



Sumber : Berita Harian 2011/07/04

TNB Rugi RM9j Sindiket Produk Jimat Elektrik

JOHOR BAHRU: Kewujudan sindiket menawarkan produk dan kepakaran bagi mengurangkan penggunaan tenaga elektrik menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Johor kerugian lebih RM9 juta sejak awal tahun ini.

Perbuatan didalangi kumpulan berkenaan menyebabkan banyak premis perniagaan termasuklah hotel ternama dan kilang membayar jumlah tertentu untuk mengurangkan penggunaan elektrik mereka dan menyebabkan kerugian yang banyak kepada TNB.
Pengurus Besar Negeri, Datuk Mohd Aminuddin Mohd Amin, berkata kerugian berkenaan berdasarkan 1,336 kes kecurian yang dilaporkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini membabitkan sektor komersial seperti rumah kedai, hotel, klinik, stesen minyak dan kilang sebagai penyumbang utama.


Katanya, Johor negeri ketiga mencacatkan kes kecurian elektrik tertinggi selepas Selangor dan Pulau Pinang dengan kebanyakan kes pengubahan meter didalangi sindiket yang menawarkan perkhidmatan serta produk pengurangan tenaga.

“Untuk mengatasinya, Unit Pengekangan Kecurian Arus (SEAL) TNB dianggotai 30 petugas diarah menjalankan operasi dari semasa ke semasa di sekitar negeri ini, Negeri Sembilan dan Melaka, " katanya.

Mohd Aminuddin berkata, kegiatan kecurian elektrik yang didalangi kumpulan itu masih mampu dikesan pihaknya yang turut mempunyai kepakaran memeriksa kebocoran tenaga berkenaan dengan kadar segera.

“TNB menggunakan sistem canggih iaitu Alat Kawalan Jauh Bacaan Meter yang boleh mengesan secara automatik jika berlaku pengurangan penggunaan elektrik secara luar biasa walaupun premis terbabit terletak jauh seperti di Segamat.
“Unit SEAL akan terus datang ke lokasi berkenaan dan jika didapati pemilik premis mencuri elektrik, kami berkuasa menyekat penggunaan elektrik selama tiga bulan di sana mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990," katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya dengan helah sindiket yang hanya mahu mengaut keuntungan mudah hingga menyebabkan pengguna didenda serta dikenakan tindakan mahkamah.

Pada masa sama, beliau menjelaskan pengguna turut terdedah risiko kemalangan kerana peralatan pengurangan elektrik terbabit dihasilkan tanpa mengikut piawaian.

Justeru katanya, orang ramai yang curiga dengan kehadiran individu yang mendakwa kakitangan TNB yang menawarkan perkhidmatan pengurangan tenaga itu boleh menghubungi talian TNB Careline di 1554 atau pusat sehenti di 1300 88 5454.

Sementara itu, dalam perkembangan sama beliau berkata, TNB akan menggantikan lebih 250,000 meter elektrik lama berusia lebih 15 tahun di seluruh negeri ini secara berperingkat berikutan ia sudah tidak berkesan termasuk gagal merekodkan bacaan penggunaan sebenar.

Kesan Kenaikan Tarif Elektrik

Sewaktu tarif elektrik diselaraskan supaya ianya lebih kompetitif berdasarkan pada peredaran masa, mereka kata kenaikan hanya melibatkan pengguna yang menggunakan letrik yang banyak. Tapi kita harus sedar di zaman sekarang ni, kebanyakan rumah mempunyai sebuah unit penghawa dingin.

Imej Diambil Dari Laman Web TNB

Alat inilah yang banyak menggunakan tenaga letrik selain mesin basuh dan peti sejuk. Kalau rumah tak guna air-cond, saya rasa memang tak terlibat dengan kenaikan kadar baru elektrik.

Zaman sekarang air-cond tu bukan barang mewah lagi, satu unit baru berharga RM1100. Ramai yang mampu beli. Dengan keadaan suhu yang makin panas kesan dari perubahan iklim global diikuti dengan kerakusan manusia menebang tumbuhan hijau untuk projek-projek pembangunan, sudah tentu penggunaan air-cond tak dapat dielakkan.

Saya rasa anda tentu tak sanggup korbankan keselesaan tidur anda dengan melayan rengekan anak-anak yang menangis malam akibat kepanasan. Kalau anak-anak tak tidur nyenyak, anda juga
tak dapat tidur. Bila anda tak cukup tidur, esok pergi kerja terhoyong-hayang nak menyampaikan ke petang. Rasanya, anda lebih rela membayar lebih kepada TNB daripada berjimat dengan menghentikan penggunaan air-cond.


Rasanya kesan kenaikan tarif elektrik tidak memberikan sebarang makna kepada pengguna. Mereka tetap menggunakan tenaga elektrik. Nak jimat? Sorry, itu memang dah jadi amalan penggunaan barang elektrik seharian. Kalau saya tunjukkan cara lain untuk mengurangkan bil elektrik secara sah, nak tak?
Bukan nak melobi sembarangan, baca dan buatlah penilaian secara berhemah. Klik aje link ini => Minisun Power Saver & Stabilizer


Monday

Apakah Tenaga Alternatif?

Terdapat banyak tenaga yang boleh dimanfaatkan jika adanya usaha didalam bidang penyelidikan dan pembangunan teknologi. Kita boleh lari daripada bahan api fosil dan grid lama elektrik dengan beralih kepada sumber tenaga alternatif.
  • Salah satu daripada sumber-sumber tenaga alternatif adalah kuasa angin. Turbin angin terus dibangunkan di sesetengah negara untuk menjana tenaga alternatif yang lebih cekap dan kurang mahal. Ladang Angin banyak digunakan di banyak negara, dan mereka kini meletakkannya di tempat yang lebih strategik agar tidak menjejaskan burung yang terbang sepertimana yang berlaku pada sistem turbin angin yang dicipta sebelumnya.
    tenaga solar
  • Satu lagi sumber tenaga alternatif yang paling terkenal iaitu tenaga solar. Ini melibatkan pembuatan sel solar yang mengumpul tenaga yang diberikan secara langsung oleh pancaran matahari dan menukarkannya kepada tenaga elektrik. Seperti tenaga angin, tenaga solar mewujudkan pencemaran benar-benar sifar.
  • Tenaga gelombang laut pula dilihat sebagai salah satu pilihan yang berpotensi besar untuk menjana tenaga. Satu penjana seumpamanya di Perancis telah beroperasi selama bertahun-tahun sekarang dan dianggap sebagai satu kejayaan besar.
  • Kuasa hidroelektrik telah bersama kita untuk sekian lama dan ia adalah penjana kuasa elektrik yang baik. Walau bagaimanapun, terdapat batasan tertentu mengenai tempat yang sesuai untuk membina sebuah empangan besar.
  • Tenaga geoterma adalah amat banyak, kerana ia terletak secara langsung didalam bumi; beberapa batu di bawah permukaan bumi. Tenaga ini dihasilkan oleh pemanasan air melalui tindakan teras bumi lebur. Air yang dipanaskan bertukar kepada stim, yang boleh dimanfaatkan dan digunakan untuk memacu enjin turbin yang seterusnya menjana elektrik. Modal yang besar dalam penyelidikan dan pembangunan diperlukan dalam menjana tenaga geoterma.
  • Sisa tenaga gas yang dasarnya metana, dihasilkan dari sisa buangan dan beberapa bahan pencemar udara. Gas ini digunakan dalam sel-sel bahan api dan boleh digunakan dalam penjana gasolin standard.
  • Etanol adalah pengganti gasolin dan dicipta dari gandum, anggur, tebu, strawberi, jagung, dan juga serpihan kayu dan selulosa kayu. Terdapat kontroversi bahan api ini berkaitan dengan sejauh mana tahap ekonomi atau kesesuaiannya.
  • Tenaga biodiesel dicipta daripada minyak yang terkandung dalam tumbuh-tumbuhan. Setakat ini, kedai-kedai komersil biodiesel telah diwujudkan menggunakan kacang soya, biji sesawi, dan minyak bunga matahari.
  • Tenaga atom dicipta dalam loji tenaga atom menggunakan proses pembelahan nuklear. Tenaga ini adalah amat berkesan dan boleh menjana sejumlah besar kuasa. Terdapat kebimbangan dari sesetengah pihak tentang sisa nuklear yang mengandungi kuasa radioaktif ini mengambil masa beratus tahun untuk bertukar kepada bahan tidak merbahaya.
Apa yang paling penting di sini ialah pengguna haruslah menggunakan tenaga secara cekap dan bijak. Tenaga yang dihasilkan melalui bahan api petrol jelas semakin berkurangan. Hargailah tenaga.

Apa itu Power Factor? Fakta Penting Untuk Anda Ketahui!

Thursday

Bagaimana Mengira Bil Elektrik

Bagaimana Mengira Bil Elektrik

Tahukah anda bagaimana mengira bil elektrik? Tidak sesusah manapun, semua orang boleh melakukannya. Dah bersedia? Baiklah kita mulakan dengan beberapa formula yang perlu anda hafal atau catitkan dimana-mana yang sesuai. Sediaaaaa......

Formula 1 :
Tenaga (Joule) = Kuasa (watt) x Masa (saat)

Mudah bukan, cuba ingatkan ini T=K x M

Kebiasaannya ukuran caj elektrik adalah berdasarkan kepada kWj atau dikenali kilowatt jam atau kilowatt sejam. Ikut suka sebutlah, yang penting ukuran dalam kilowatt dan nilai dikira sejam. Contohnya, kos satu unit letrik (1 kWj) adalah 18 sen. Ataupun ini bermaksud, anda dikenakan 18 sen sejam untuk setiap satu 1kW. Harap jelaslah ye.

Untuk lebih jelas lagi, mari kita ikuti senario yang berikut :
Rahmat membeli sebuah TV dan tercatat di belakang TV tersebut 240V/300W. Rahmat amat sibuk dengan kerjayanya hinggakan beliau jarang sekali menonton TV di rumah. Beliau hanya menonton TV selama lebih kurang 1 jam sehari. Berapakah kos elektrik bagi TV Rahmat bagi bulan Januari jika kos unit elektrik seunit (1 kWj) adalah 18 sen?

Fakta-fakta didalam senario di atas ialah :
  • Voltan = 240
  • Watt = 300
  • 1 unit elektrik (1 kWj) = 18 sen
  • TV ditonton 1 jam sehari
  • 31 hari dalam bulan Januari
Maka, bagaimana mengira bil elektrik?
Begini caranya :

Tenaga = 300 x [60x60]
Tujuan 60 min x 60 saat adalah untuk menukarkan ke sukatan saat.

Oleh itu,  
Tenaga = 1,080,000 wattsaat
Tenaga (J) = 1,080,000 ws

Nanti belum habis lagi, jangan terlalu cepat meraikan kejayaan!
Lihat kembali kepada soalan di atas.  
Berapakah kos elektrik bagi TV Rahmat bagi bulan Januari jika kos unit elektrik seunit (1 kWj) adalah 18 sen?
Tenaga yang dikira di atas adalah dalam watt dan saat, maka, kita perlulah menukarnya kepada kilowatt dan jam kerana 1 unit elektrik adalah berdasarkan kepada kilowatt dan jam.
Oleh itu,
Tenaga (kW) = [300/1000] x 1 jam = 0.3 kWj
Di mana 300 dibahagikan kepada 1 ribu untuk menukarkan watt kepada kilowatt.

Dan untuk kegunaan pada bulan Januari adalah :
= 0.3 [unit elektrik digunakan] x 0.18 [sen] x 31 [hari]
= RM 1.67

Kita telah pun tahu bahawa kos elektrik bagi TV tersebut adalah RM1.67 sebulan. Murahkan, ini contoh sahaja pada kadar seunit elektrik yang bernilai 18 sen. Tambahan pula Rahmat menonton TV sejam sehari sahaja. Bagaimana mengira bil elektrik yang dipaparkan di sini merupakan satu senario yang mudah. Didalam artikel yang akan datang kita cuba pula senario yang sedikit mengelirukan. Ingat! Tak susah manapun...

Berita baik untuk anda yang sentiasa peka mengenai isu bil elektrik. Anda mungkin boleh mencuba beralih kepada tenaga-boleh-diperbaharui iaitu tenaga solar. Tapi bagaimana mendapatkannya? Bagaimana dengan kosnya?
Klik disini untuk mengetahui cara-cara membina panel solar
Saya tidak mahu melobi secara aggresif, anda baca, lihat sendiri dan buatlah penilaian sebelum membeli produk tersebut. Ada jaminan wang dikembalikan.