Pemilihan Lampu Jimat Tenaga Elektrik
Gunakan
lampu floresen yang menggunakan teknologi terbaru. Ianya menggunakan tenaga
elektrik yang kurang tetapi lebih mengeluarkan cahaya dan tahan lebih lama.
Bersihkan habuk yang terkumpul dilampu floresen seberapa kerap.
Pastikan lampu ditutup pada waktu siang!
Memang menjadi situasi yang biasa berlaku
kepada penduduk di bandar terutamanya di bandaraya yang senantiasa berperang
dengan masa untuk ke tempat kerja. Jika lewat 5 minit keluar dari rumah mungkin
mengundang kelewatan 30 minit di tempat kerja. Dalam keadaan sibuk bersiap
untuk keluar di waktu pagi, jangan pula lupa untuk mematikan semua lampu.
Gunakanlah timer yang sesuai untuk lampu halaman, car porch dan lampu belakang.
Timer tersebut boleh dibeli dengan harga kurang dari RM20 seunit.
Bayangkan pula apa yang berlaku dihujung minggu Sabtu/Ahad dimana kebanyakan daripada kita bangun agak lewat. Kita mungkin tidak perasan bahawa lampu depan dan belakang masih belum dimatikan. Disinilah penggunaan timer amat digalakkan dalam merealisasikan konsep jimat tenaga elektrik.
Lampu dipasang secara berselang-seli
Bagi kawasan kejiranan yang memerlukan
jalan belakang dan hadapan rumah diterangi dengan limpahan lampu diwaktu malam
bagi mengelakkan serangan perompak, disyorkan bagi anda berbincang dengan jiran
sebelah untuk memasang lampu secara bergilir. Jiran sebelah kira pasang lampu
depan, anda pasang lampu belakang dan jiran sebelah kanan pasang lampu depan
dan begitulah aturannya sehingga ke rumah terakhir di blok kediaman tersebut.
Berita baik untuk anda yang sentiasa peka mengenai isu bil elektrik. Anda mungkin boleh mencuba beralih kepada tenaga-boleh-diperbaharui iaitu tenaga solar. Tapi bagaimana mendapatkannya? Bagaimana dengan kosnya?
Klik disini untuk mengetahui cara-cara membina panel solar
Saya tidak mahu melobi secara aggresif, anda baca, lihat sendiri dan buatlah penilaian sebelum membeli produk tersebut. Ada jaminan wang dikembalikan.
Berita baik untuk anda yang sentiasa peka mengenai isu bil elektrik. Anda mungkin boleh mencuba beralih kepada tenaga-boleh-diperbaharui iaitu tenaga solar. Tapi bagaimana mendapatkannya? Bagaimana dengan kosnya?
Klik disini untuk mengetahui cara-cara membina panel solar
Saya tidak mahu melobi secara aggresif, anda baca, lihat sendiri dan buatlah penilaian sebelum membeli produk tersebut. Ada jaminan wang dikembalikan.
untuk lampu dijalan belakang tu saya cadangkan boleh pasang lampu yang menggunakan movement sensor bila ada pergerakan lampu akan auto on.
ReplyDeleteidea yang bagus. Banyak dijual dipasaran lampu jenis ini sekarang. Cuma masalahnya segala jenis objek dia tangkap kira. Asik menyala je la bila ada kucing lalu ke atau anjing lalu ke. hahahaha,.
ReplyDeleteBuat switch 6g boleh on off bila perlu on bila tak perlu offkan dan pasang timer
ReplyDeleteidea yang bagus tuan.
Delete