Tapi setiap perkara yang berlaku akan adalah penyelesaiannya. Senang aje penyelesaiannya. Beli penghawa dingin, abis cerita cuma kena keluar sikit modal nak beli air-cond. Bukan setakat beli je tau, kena la pasang tapi berapa kos pasang aircond?
Aircond ni berbagai jenama dan amat payah kalau nak kata yang itu bagus, yang ini tak bagus. Yang ini bagus yang itu tak bagus. Semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing. Ada yang beli aircond cap ayam tapi kualiti macam cam burung unta.
Apa pulak kena-mengena ayam dan burung unta? Hehehe... takde kena-mengena, ayam tetap ayam tapi burung unta, ia bukan burung dan ia bukan unta. Takla maksudnya beli yang murah tapi guna sampai 6-7 tahun takde masalah, tapi ada yang beli mahal tapi bertahan hingga 5 tahun sahaja. Lagi la bengang!
Cuba korang buat sedikit survey bila tengok rumah-rumah flat, kebanyakannya ada memasang aircond paling tidakkan 1 unit 1HP. Aircond semakin murah kerana permintaan tinggi. Boleh dikatakan purata setiap rumah mempunyai 1 unit aircond.
Tapi berapa pula kos pasang aircond?
NO JENIS AIRCOND HARGA (RM)
1 1.0 hp 180
2 1.5 hp 230
3 2.0 hp 280
4 2.5 hp 350
Maklumat di atas adalah kos upah termasuk paip copper, penebat, paip air keluar dan jarak dari unit indoor ke unit outdoor tidak lebih dari 10 kaki.
Tapi cara pemasangan begini iaitu secara back to back nampak kurang kemas di mata yang melihatnya. Sebaik-baiknya unit-unit outdoor dilonggokkan di satu tempat.
Kesimpulannya kos pasang aircond tidak lah mahal tapi kos penyelenggaraan cara back-to-back agak tinggi. Unit-unit outdoor biasanya dalam kedudukan berterabur dan jika dipasang di dinding luar akan nampaklah unit-unit outdoor dalam kedudukan tinggi rendah dan terletak di ceruk yang sukar di capai.
Bagaimana menjimatkan tenaga? Pilihlah aircond yang dari jenis Energy Saving dan pilih model-model baru jenis Inverter. Aircond dengan ciri-ciri yang disebutkan tadi mampu mengurang penggunaan tenaga elektrik.
Atau dapatkan seunit Mini Sun Power Saver and Stablizer.
Hai selamat pagi, saya suka semua ayat ayat puan tuan komen komen mengenai aircond, sebab saya suda berada didalam sebahagian title air-conditioning or aircond ini, kalau tadi ada mention, kalau ada customer customer minat pasang back to back & pemasangan back to back ini kurang memuaskan & kurang kemas kerana nampak hambur so pun thanks bole suggest tak dengan cara pemasangan apa yg nampak cantik pandangan keras dimata hati customer customer, dan satu lagi mengenai hargai hargai pemasangan setiap hospower aircond sebab ada 1.0, 1.5 & lain lain, saya nak tahu samada hargai pemasangan yg puan tuan post diatas adakah itu sudah tetap harga untuk semua installer aircond di setiap negeri Sabah & Kuala Lumpur atau hanya Kuala Lumpur saja, sebab saya nak tahu adakah harga aircond ini ada ditetapkan maksud saya adakah harga harga yg disumpahkan or yg dijanjikan hingga termasuk dlm kementerian hal ehwal negeri Kuala Lumpur & Sabah, sebab kenapa saya kata begini sebab ada saya dapat tahu installer installer ni lain lain harga, sesuka hati saja bagi harga pada customer sehingga ada customer tak puas hari &ada yg memilih memilih installer sebab ada yg kata sana installer murah kurang 10ringgit sebab 170 sepatutnya harga adalah 180 & ada pulak lagi disitu installer murah kurang 30ringgit sebab hanya 150 saja tapi risau nanti installer cincai cincai pasang, itu saja thank you, puan tuan saya akan tunggu jawapan dari puan tuan
ReplyDelete